Seorang wanita memberitahu di satu ‘Facebook Group’ bahawa seorang pengguna Facebook yang tidak dikenali mengatakan dia tidak mengikut sunnah, menyebabkan dia berbadan gempal. Wanita itu menulis:
Disebabkan aku muat naik gambar aku yang banyak lemak itu, terus dikaitkan dengan sunnah. Berdosa ke orang gemuk? Dan banyak lagi kenyataan dia menyatakan orang gemuk tak mengikut hadis dan sunnah. Ya, itu fakta tapi apa salah orang gemuk sampai dia nak kaitkan itu ini? Bila nampak orang gemuk baru nak cakap hal sunnah dan hadis. Macam berdosa besar ke?
Di media sosial, pengguna Facebook bebas menyatakan pendapat masing-masing. Namun begitu, walaupun makan dengan kadar sederhana itu ialah tuntutan dalam hadith, tidak semua orang berbadan gempal menjadi begitu kerana makan dengan banyak. Ada yang mengalami masalah metabolisme di mana makan dengan sedikit pun mampu menaikkan berat badan mereka, contohnya mereka yang mengalami masalah hypothyroidism atau PCOS.
Apa pun, mungkin wanita itu patut mengambil perkara ini sebagai satu cabaran dan berusaha mengurangkan berat badan. Mana tahu, bila dah kurus nanti, yang cakap banyak itu akan jatuh hati pula. Baru dia tahu erti pembalasan,kan?
Lagi screenshot komen pengguna Facebook itu yang menggunakan nama skrin Lipton Car dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Adik-adik berbakat dlm bidang tari & nyanyian? Apakata tunjukkan bakat dgn hadir ke Sesi Uji Bakat PERMATA Seni Koir (Junior) & PERMATA Seni Remaja Koir
Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Sunday, 9 August 2015