Seorang wanita Tennessee di US dikecam hebat di Intenet kerana melekatkan anak perempuannya yang lahir sebulan lepas kepada leretan gaun perkahwinannya sewaktu dia berjalan ke pelantar.
Shona Carter-Brooks, dari Jackson, mempertahankan keputusannya, mendakwa bayi berusia sebulan itu yang bernama Aubrey berada dalam keadaan berjaga dan selamat, dan dilindungi oleh Christ.
Walaupun rakannya menyokong, ramai berpendapat perbuatannya harus dilaporkan kepada khidmat sosial dan Shona perlu dikenakan tindakan.
Melalui Facebook, Shona memberitahu yang gaunnya dibuat oleh Vera Wang dan telah diubahsuai khusus supaya dia boleh menarik bayi itu sewaktu ke altar.
Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Laporan asal: BuzzFeed