Seorang ibu saudara kejam berdepan dengan hukuman penjara setelah memotong alat kelamin anak saudaranya yang berusia tiga tahun kerana menyerbu masuk ke dalam tandas dan meminta menggunakan telefon bimbit wanita itu.
Xue Paan, 37, menyerang anak saudaranya, Qiang Qiang sewaktu menjaga kanak-kanak itu sementara ibunya bertandang ke rumah jiran di Luohe, sebuah bandar dalam wilayah Henan di tengah China.
Xue sedang duduk di atas mangkuk tandas dan menghantar mesej kepada teman lelakinya apabila anak kecil itu masuk dan bertanya jika dia boleh bermain permainan telefon bimbit ibu saudaranya.
Xue tidak memberi telefon itu kepada anak saudaranya, sebaliknya pergi ke dapur untuk mengambil pisau dan kembali ke tandas untuk memotong alat kelamin Qiang Qiang.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Xue melarikan diri dari rumah sebelum sempat ibu Qiang Qiang kembali. Ibunya, Cai Tuan, 27, berkata:
Saya baru tinggalkan rumah selama setengah jam apabila mendengar jeritan Qiang Qiang. Saya berlari ke rumah dan tak percaya apa yang saya lihat. Dia pengsan dan terbaring berlumuran darah. Di sebelahnya terdapat pisau dan alat kelamin. Ia sangat menakutkan.
Kakak saya, ibu saudaranya, sudah tiada.
Qiang Qiang dihantar ke hospital di mana pakar bedah berjaya menyambung semula alat kelaminnya dan kemudian anak itu dihantar ke klinik pakar di Beijing.
Jurucakap hospital berkata:
Disebabkan pisau itu tumpul potongannya tidak elok. Walaupun kami berjaya menyambungkan alat kelaminnya, sambungannya tidak ideal dan anak itu perlu diberi rawatan lanjut.
Namun dia telah menjalani tiga pembedahan yang berjaya dan kami yakin ia akan sempurna dalam tiga bulan lagi.
Polis berkata:
Ibu saudara itu telah ditahan dan mengaku telah menyerang anak saudaranya kerana marah diganggu di tandas.
Dia berdepan dengan hukuman lima tahun penjara.
Laporan asal: Dailymail UK