Gambar seorang wanita warga emas dari Jilin, China, mempamerkan kemahiran menari tiang menarik minat ramai Netizen, menimbulkan perdebatan mengenai kesesuaian hobi wanita itu.
Menurut Tencent, Jiang Zhijun, 65 tahun, mula meminati tarian tiang kerana terpengaruh dengan anak perempuannya yang merupakan seorang jurulatih tarian tiang.
Jiang mula berlatih tarian tiang sejak dua tahun lepas. Setelah menjalani latihan intensif selama berbulan-bulan, dia kini mampu mempersembahkan pergerakan yang sukar. Dia bercadang untuk terus menari tiang kerana mendapati hobi itu memberi impak positif terhadap kesihatan dan kebahagiaan dirinya.
Walaupun menjadi penari tiang tertua di bandar tempat tinggalnya, dia khabarnya mendapat pingat emas untuk kategori senior apabila bersaing dalam pertandingan tarian tiang peringkat kebangsaan. Bulan lepas, Jiang dan anak perempuannya memenangi pertandingan bakat CCTV setelah mempersembahkan kemahiran tarian tiang bersama-sama.
Komen teratas di Tencent mengenai warga emas ini, dengan lebih 7,300 likes ialah:
Orang tua boleh buat apa mereka suka, dan berseronok mengikut kepuasan hati mereka, tapi jangan muncul di televisyen atau media, ok? Ia menjelikkan.