November 17th, 2011

Randy Pangalila memang hot. Sebenarnya tak sangka juga entri kami berkenaan telefilem Mimpi Biar Sampai ke Bintang akan mendapat sambutan. Ada yang memuji badan Randy yang hot, tapi untuk memiliki badan tersebut, bukan sesuatu yang mudah untuk Randy.

Jika ada masa, maka Randy akan ke gym dua kali sehari. Gaya hidup sihat yang diamalkannya telah dijalankan secara rutin sejak setahun yang lalu. Bukan hanya membuat banyak latihan fizikal  tetapi dengan mengamalkan pemakanan berkarbohidrat tinggi. Sebelum dia di gym dia juga telah berdiet selama setahun sebelum itu untuk memudahkan pembinaan ototnya.Semua usaha yang telah dilakukan Randy kini telah membuahkan hasil. Tubuhnya hampir ideal tanpa banyak lemak dan otot-otot terbentuk. Namun tetap saja masih ada beberapa hal lagi yang ingin disempurnakan Randy agar memiliki tubuh yang sihat.

Sampai saat ini saya belum betul-betul puas karena masih banyak yang harus diubah, dan masih ada otot yang harus dibesarkan.

Otot-otot lengan Randy tampak lebih kuat, kencang, dan berisi. Dada dan bahu bidang. Apalagi kalau pakaiannya agak ketat. Ehem, buat perempuan kagum dan yang lelaki cemburu.

Latihannya cuma tiga bulan. Ada pemakanan tambahan, juga makan dan jam tidur diatur.

Randy mengaku lebih gembira sekarang.

Tapi leceh juga, tak boleh kurangkan berat badan, tak boleh tambah juga. Jadi mesti begini saja. Gila, nak dapat badan macam ni saja susah, hehehe.

Dia menambah yang berat badannya cuma 58 kg. Awal latihan di gym, Randy sempat terseksa.

Apalagi seminggu atau dua minggu pertama, kerana saya tidak pernah bersukan. Badan jadi cramp. Bangun tidur sampai menangis-nangis. Apalagi waktu itu saya gigih makan supplement badan jadi panas sampai dan bengkak.

Memiliki badan seperti sekarang mendatangkan keuntungan tersendiri buat Randy. Kalau dulu dia sakit-sakit, kini tidak lagi. Bak kata orang alah bisa tegal biasa. Selain itu, tentu, Randy juga makin tinggi keyakinan diri. Katanya lagi dengan bangga:

Pastilah percaya diri. Nak dapat badan begini memang susah. Ada hasilnya, ya syukur. Saya cuma perlu menjaga pemakanan saja sekarang.

Lagi 4 keping gambar Randy Pangalila (tidak shirtless) dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar Twitter Randy Pangalila dan Amy Ikram Diary.

Via Google.

***

Bobohizan merupakan gelaran bagi bomoh wanita utama dalam tradisi kebudayaan Kadazan-Dusun. Bobohizan memainkan peranan penting dalam perayaan Tadau Kaamatan bagi menyemah tapak tanaman bagi memastikan tanaman yang berjaya untuk tahun hadapan. Bobohizan pertama dipercayai diajar oleh jelmaan semangat Huminodun, iaitu Unduk Ngadau, jampi serapah yang diamalkan sehingga sekarang. Kebanyakan bobohizan ini terdiri daripada kaum perempuan tapi ada sebilangan kaum lelaki di pilih bagi menguatkan lagi persembahan atau upacara yang diadakan.

Dikhuatiri semangat yang datang tidak dapat ditangkis. Dalam upacara yang diadakan adakalanya paluan gong digunakan bagi menyusuri upacara yang diadakan bagi memanggil semangat-semangat yang tertentu. Selepas itu bobohizan akan mengucapkan rinait (mentera) serta bermainkan kombuongo atau peralatan menyatukan dua alam Bagi memulakan upacaranya. Setelah dirasuki oleh semangat tersebut bobohizan sepertinya bercakap kepada seseorang iaitu semangat yang dijumpainya. Untuk mengetahui lebih lanjut peranan dan dunia mistik Bobohizan ini silalah berkunjung ke Festival Kesenian Rakyat Malaysia pd 18 & 19 Nov (Sabtu &Ahad) ini di Sungei Wang Plaza (5.00 PM – 6.00 PM) dan sekitar KL.

.




52 responses to “(4 GAMBAR)Randy Pangalila – Sukar Bina Badan Kekar”

  1. Rendy awak apa kharbar

  2. DeYa AkE-mA says:

    WOW…GANTENG BANGAT…aku suka….ganteng…ngga ada yang lebih ganteng selain randy

Loading...