(4 GAMBAR)Penduduk Kampung Di Itali Dihantui Ratusan Kejadian Kebakaran Misteri

Trending

(4 GAMBAR)Penduduk Kampung Di Itali Dihantui Ratusan Kejadian Kebakaran Misteri

Selama 10 tahun, penduduk kampung Canneto di Caronia bertempat di Sicily, Itali, merasa seriau dengan ratusan kejadian kebakaran misteri dan sukar diterangkan yang menyala entah dari mana. Fenomena ganjil itu berlaku dengan lebih kerap tahun ini, termasuk kebakaran spontan beberapa tilam, katil, kereta, serta alatan seperti peti sejuk dan telefon bimbit, walaupun telefon itu telah dipadamkan.

Canneto-fires2-550x412

Advertisement

Siri kejadian itu telah menarik perhatian ahli geologi, fizik dan volkanologi (kaji gunung) selama beberapa tahun, tetapi tiada siapa dapat memberikan penerangan saintifik yang tepat tentang kejadian tersebut setakat ini. Sudah tentu, penduduk kampung menyalahkan entiti supernatural seperti UFO, poltergeist dan juga kuasa syaitan lain.

Dan disebabkan tiada penjelasan yang logik bagi menyebabkan kejadian itu berlaku, ramai mula percaya unsur supernatural terlibat dalam kejadian ini.

Canneto-fires-550x368

Segalanya bermula pada Januari 2004 dalam satu kejadian, di mana tanpa sebab yang jelas, beberapa peralatan (termasuk periuk dan pembersih vakum) mula terbakar. Hadiah perkahwinan, perabot dan juga paip air menyala tiba-tiba. Bagi mengatasi masalah itu, syarikat pembekal elektrik cuba untuk menghentikan bekalan elektrik ke Canneto, tetapi keadaan tidak berubah. Penduduk kampung diarahkan mengosongkan kampung buat sementara bagi pakar dan pihak berkuasa untuk mengesan masalah sebenar.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Walaupun dengan kehadiran satu pasukan ahli kaji gunung dari Insititut Nasional Geofizik dan Volkanologi dan satu pasukan pakar dari Tentera Laut Itali bagi membuat penyiasatan, tiada penyelesaian ditemui.

Canneto-fires4-550x412

Penduduk kampung yang ketakutan mula memanggil paderi bagi melakukan upacara menghalau syaitan. Untuk beberapa bulan, kedaaan kampung mula aman dan orang kampung mula pulang untuk tinggal semula di rumah mereka.

Namun kejadian kebakaran misteri berlaku semula dari semasa ke semasa, dan penduduk kampung mula belajar membiasakan diri. Antara kejadian ganjil lain yang berlaku ialah kebocoran paip di tiga rumah berlainan, satu cermin dalam bilik mandi terbakar tiga kali dalam masa 35 jam, dan keseluruhan hasil tanaman terung oleh penduduk kampung bertukar kepada warna seakan pelangi, menyebabkan ia tidak dapat dijual.

Canneto-fires3-550x426Pendingin hawa menjadi cair secara spontan, cermin kereta meletup, kandungan cakera keras dipadamkan, pagar automatik terbuka dan tertutup sendiri dan binatang mati secara misteri. Tanpa sains yang mampu menjelaskan kejadian-kejadian ini, dapat difahami bahawa ramai mempercayai bahawa ada sesuatu kuasa yang jahat sedang berleluasa di situ.

Pada bulan April 2005, kerajaan Itali menubuhkan pasukan petugas khas (yang terdiri dari anggota tentera berpangkat tinggi, jurutera, arkitek, ahli geologi dan ahli fizik) untuk menyiasat situasi dalam kampung tersebut. Pasukan itu membuat analisis teliti — remote sensing gambar aerial, penilaian data geofizikal dan geokimia, pengesanan kawasan magnetometrik dan elektromagnetik, pemantauan spektrum radio-elektrik dan banyak lagi. Namun tiada kesimpulan dapat dibuat dari hasil kajian.

Pada 2007 satu akhbar Itali menerbitkan laporan interim yang ditiriskan dari Jabatan Perlindungan Awam. Laporan itu membuat kesimpulan bahawa satu-satunya penerangan yang berkemungkinankan tentang misteri kebakaran di Canneto ialah kewujudan ‘makhluk asing’, kerana kebakaran misteri disebabkan oleh ‘pancaran elektromagnetik berkuasa tinggi yang bukan buatan manusia dan mencapai kuasa antara 12 dan 15 gigawatt’.

Setahun kemudin, kes itu ditutup setelah siasatan lanjut dilakukan, mereka hanya menyebutnya sebagai satu kes ‘radiasi elektromagnetik yang tidak dapat dikenal pasti’.

Tetapi disebabkan tiada bukti kukuh, orang ramai kembali kepada teori supernatural. Ahli majlis kesihatan dan keselamatan Sicily, Vittorio Alfiery berkata dalam satu temuramah, bahawa kebakaran itu disebabkan oleh ‘satu entiti’ dan ‘berpindah dari satu rumah ke rumah yang lain’. Katanya:-

Satu rumah di tingkat bawah terbakar, kemudian objek lain di tingkat atasnya pula terbakar. Ia seolah-olah bergerak.

Kini, setelah satu tempoh, kejadian kebakaran tanpa penjelasan kembali menghantui penduduk Canneto. Pada 30 September lepas, beberapa kejadian kebakaran dilaporkan di kawasan petempatan yang sebelumnya aman.

Pertama, sebuah kerusi yang dibalut pita selofan terbakar tanpa sebab. Beberapa jam kemudian seseorang melaporkan kepada Bomba tentang segumpal pakaian yang terbakar. Seorang usahawan yang mahu memandu keretanya kembali ke rumah untuk mengambil barang yang tertinggal kemudian mendapati keretanya terbakar. Sebuah buku dan sofa juga didapati terbakar tanpa sebab di kawasan berlainan kampung tersebut.

Menurut beberapa laporan media, penduduk tempatan sekali lagi diarah meninggalkan kampung, sementara satu pasukan anggota bomba ditugaskan untuk mengawal kebakaran kecil tersebut.

Terdapat beberapa teori yang diperkatakan, ada yang mendakwa ianya dilakukan oleh individu yang tertekan sejak zaman kanak-kanak dan memiliki kuasa pyrokinetik (seperti dalam novel Stephen King, Firestarter) , dan kini menarik minat UFO.

Imaginasi manusia memang tiada batas, tetapi selagi tiada penjelasan saintik, pasti ada teori liar baru yang akan keluar.

Sumber: IB Times, Veterans Today, Blasting News

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...