Rasanya ramai orang yang akan faham jika Guo Shijun tidak meneruskan pengajian ke universiti. Ini kerana dia mempunyai komitmen untuk menjaga bapa yang lumpuh serta ibu yang sakit. Badannya juga kurus.
Walaupun ramai yang akan memaafkan dia, besar kemungkinan Shijun pula tidak akan memaafkan diri sendiri jika dia berhenti belajar. Sebaliknya dia memujuk pegawai-pegawai universiti untuk membenarkan dia membawa bersama ayahnya untuk tinggal bersama di asrama untuk sepanjang pengajian, selepas lelaki itu lumpuh kerana satu kemalangan di tapak pembinaan.
Shinjun masih mendapat kedudukan terbaik di universitinya, dan kerana mereka kagum dengan kegigihan dan ketabahan Shinjun menghadapi cabaran, mereka membenarkan pemuda itu tinggal bersama ayahnya di asrama bagi mengurangkan bebannya.
Shinjun kini berusia 20 tahun, datang dari keluarga miskin dan mengalami zaman kanak-kanak yang sukar. Ibunya mengalami masalah kelainan upaya mental akibat penyakit meningitis. Ibunya dijaga dia dan ayahnya sejak kecil, dan dia masih mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
Bebannya bertambah apabila bapanya cedera selepas jatuh 15 meter dari jambatan sewaktu bekerja di bandar Liuan di wilayah Anhui, menyebabkan lelaki itu lumpuh dari pinggang ke bawah.
Datuk dan nenek Shinjun mengambil alih tugas menjaga ibunya, namun mereka tidak dapat menjaga ayahnya sekali. Jadi dia menyewa sebuah bilik kecil berdekatan asramanya dan memindahkan bapanya ke situ, untuk memudahkan dia memeriksa keadaan bapanya sewaktu rehat untuk makan tengahari.
Untuk membiayai pengajiannya dia meminjang wang dari kawan-kawan dan saudara mara sehingga tamat pengajian. Kos ialah £2000 setahun untuk tuisyen sahaja, tidak termasuk makanan, bil dan kos menjaga ibu bapanya.
Bagaimanapun Shinjun berjaya mendapatkan biasiswa untuk meringankan bebannya.
Bercakap tentang pengalamannya:-
Saya tidak dapat katakan hidup ini mudah tapi satu jalan untuk mengatasi kesukaran ialah dengan kerja keras, jadi saya tidak akan merungut.
Saya fikir bila saya selesai graduasi, keadaan akan menjadi lebih mudah.
Laporan asal: Dailymail UK