Satu pasangan gelandangan menukarkan beribu duit syiling untuk mendapatkan wang kertas sebanyak 304 yuan (RM 166) di sebuah bank di bandar Huangshi di China untuk membiayai pengajian kolej anak perempuan mereka, lapor CCTV News.
Pihak bank mengambil masa dua jam untuk mengira kesemua syiling, yang didapati pasangan itu hasil derma dan jualan kantung buluh yang dibuat sendiri selama dua bulan. Orang ramai yang memberi pasangan itu lebih dari 0.5 yuan diberi kantung itu percuma.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Si suami, Gao Guanglin, 49, cacat penglihatan. Katanya pada pemberita:
Kami ada tiga anak yang masih bersekolah. Kami tak dapat cari pekerjaan kerana masalah kesihatan. Tetapi kami tidak mahu minta sedekah dari orang ramai.
Isterinya, Jiang Fang, berusia 54 tahun. Satu ketika dulu, mereka bekerja sebagai petani, tetapi kini menjual kantung di tepi jalan kerana kemarau di bandar kelahiran mereka di wilayah Anhui.