(4 GAMBAR)Pada Usia Perkahwinan Ke 68, Suami Dan Isteri Meninggal Dunia Dalam Tempoh 10 Jam

Trending

(4 GAMBAR)Pada Usia Perkahwinan Ke 68, Suami Dan Isteri Meninggal Dunia Dalam Tempoh 10 Jam

Satu pasangan yang tidak pernah berpisah walaupun sehari dalam perkahwinan selama 68 tahun meninggal dunia dengan beza tempoh hanya 10 jam.

George Doughty, 91, berada dalam unit rawatan rapi kerana jangkitan di dada apabila isterinya Dorothy, 92, meninggal dunia tiba-tiba.
article-2670490-1F2449E900000578-96_634x771
Mr Doughty kemudiannya meninggal dunia hanya beberapa jam kemudian – dengan tidak mengetahui yang isterinya telah dimasukkan ke hospital.

Advertisement

Pasangan itu yang berasal dari Ashton-under-Lyne, Tameside, Greater Manchester, bertemu setelah suami pertama Mrs Doughty, Victor, meninggal dunia semasa perang dunia kedua dalam usia perkahwinan selama empat bulan.
article-2670490-1F2449ED00000578-828_634x672
Mr Doughty dan Victor bersekolah bersama di Somerset dan bertugas dalam rejimen tentera yang sama.

Setelah Victor meninggal dunia, Mr Doughty menulis untuk meredakan kekecewaan balu muda Victor dan cinta mula bersemi sewaktu kesusahan dari peperangan.

Mr Doughty merancang untuk berkembara bagi menemui Dorothy di kampung halaman wanita itu di Stalybridge.

Mereka bertemu buat pertama kali di stesen rel Manchester Piccadilly. Dia berkata akan membawa suratkhabar manakala Dorothy akan memegang bunga ros.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Selepas berkahwin pasangan itu dikurniakan dua anak lelaki, Allan dan Paul.

Mr Doughty kembali bekerja sebagai pembakar bakeri selepas perang dan Dorothy mengoperasikan salon dengan anaknya Paul di Ashton Under Lyne.
article-2670490-1F25532200000578-849_634x451
Setelah bersara mereka memfokuskan kehidupan pada keluarga–mereka ada lima cucu, Stuart, Mark, Rachel, Andrew and Adelle dan dua cicit, Charlotte dan Mabel. Anak mereka Paul berkata:-

Ramai orang kata mereka bersama hingga ke saat kematian dan hakikat ini mendamaikan.

Mereka tidak tahu mereka berdua berdepan saat kematian, ia berlaku secara tiba-tiba.

Mereka berdua insan yang penyayang, telah berkahwin selama 68 tahun dan tidak pernah berpisah walau sehari.

Mereka dikebumikan minggu lepas.
article-2670490-1F25532A00000578-914_634x326
Keranda mereka diletakkan bersebelahan, dengan keranda Mrs Doughty diletakkan suratkhabar manakala keranda Mr Doughty diletakkan bunga ros.

Laporan asal: Dailymail UK
.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...