(4 GAMBAR)Nenek China Pungut Bayi Kacukan Dari Semak, Pelihara Seperti Anak Sendiri

Trending

(4 GAMBAR)Nenek China Pungut Bayi Kacukan Dari Semak, Pelihara Seperti Anak Sendiri

Kira-kira 15 tahun lepas, Shui Bao Zhu serempak dengan seorang bayi yang ditinggalkan dalam semak. Bayi itu telah dijangkiti milaria (sejenis ruam) yang teruk. Kulitnya merah dan bengkak, tetapi wanita tua itu tetap membawa bayi itu pulang bersamanya. Wanita itu masih ingat dia perlu memberi bayi itu ubat sebanyak tiga kali sehari sebelum bengkaknya surut.

Nenek itu kemudiannya menyedari setelah ruam bayi itu sembuh, kulitnya lebih gelap dari kulit kanak-kanak China yang tipikal. Curiga, nenek itu membawa bayi itu bertemu doktor dan doktor memberitahu yang bayi itu ialah bayi kacukan. Nenek Zhu memberitahu doktor bahawa dia tidak pernah ke sekolah, jadi dia tidak pernah dengar tentang bayi kacukan.

Advertisement

Walaupun anak itu kelihatan sangat berbeza berbanding kanak-kanak lain kerana warna kulitnya, nenek Zhu menerima sokongan dari keluarga, bersetuju bahawa nyawa yang telah hadir dalam hidup mereka perlukan kasih sayang tanpa mengira latar belakang etniknya. Wanita itu menamakan bayi itu Jun Long Zhu, dan membesarkannya seperti anak sendiri.


 photo d624752.jpg

Disebabkan tidak berpendidikan dan tidak memahami undang-undang, Nenek Zhu tidak terfikir yang dia perlu mendaftarkan anak itu bagi menjadikannya ahli keluarga sah di sisi undang-undang. Hanya kini, setelah 15 tahun, Jun Long dijadikan anak angkatnya secara rasmi dan diberi kad pengenalan.


 photo d624751.jpg

Jun Long tidak mempunyai kehidupan yang mudah waktu membesar dalam komuniti cina, dia terpaksa menerima pandangan curiga dan penuh penghakiman setiap hari. Dia ditanya bermacam-macam soalan tentang asal usulnya, dan kini dia boleh menjawab soalan seperti itu dengan sempurna, setelah bertahun-tahun. Bagaimanapun, dia sangat bersyukur dengan takdir yang membawa dia ke dalam hidup Nenek Zhu.


 photo d624753.jpg
 photo d624754.jpg

Ketika ditanya sama ada dia mahu mencari ibu dan bapa kandungnya, Jun Long berkata yang dia sudah melepasi tahap di mana dia mahu merungkaikan misteri keturunannya.

Apa yang ada dalam mindanya sekarang, hanyalah untuk membalas jasa Nenek Zhu untuk apa yang telah wanita itu lakukan: iaitu menyelamatkan nyawanya, memberikan dia tempat tinggal, dan berjalan jauh walaupun sudah tua untuk mendaftarkan dia sebagai anak.

Kata Nenek Zhu, Jun Long memberitahu begitu sudah berkali-kali, tetapi setiap kali pun kata-kata Jun Long akan menggembirakan hatinya.

Kanak-kanak ialah harapan masa depan dan nampaknya Nenek Zhu telah menyelamatkan dan membesarkan satu manusia yang bakal menyinar dalam hidupnya.

Sumber: ETtoday

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...