December 5th, 2011

Nama Neelofa melonjak naik tahun ini setelah memenangi gelaran Dewi Remaja tahun lepas. Ini boleh kita lihat melalui tawaran demi tawaran berlakon yang diterimanya dan setakat ini ada 4 buah filem lakonan Neelofa sedang menanti tayangan di pawagam. Dia juga telah menunjukkan bakat lakonan melalui beberapa drama yang ditayangkan di stesen televisyen tempatan, di samping terpilih menjadi pengacara rancangan Nona di TV3, Neelofa turut akan menulis di ruangan pojok Utusan Malaysia.
Photobucket
Yang terbaru, Neelofa telah hadir ke sidang akhbar Rafflesia’s Ezlynn and Adam Fahmy’s Pearl Wedding di Hotel Crowne Plaza sebentar tadi. Ia juga turut dihadiri oleh jurugambar rasmi majlis pertunangan dan perkahwinan Ezlynn sebelum ini iaitu REDPhotography yang telah mengongsikan gambar-gambar Neelofa ini, jadi kredit pada fanpage beliau. Rupanya Neelofa hadir kerana dia mereka kasut bertatahkan mutiara untuk Ezlynn di majlis perkahwinan itu nanti. Hebat tu, tambah lagi dalam portfolio yang Neelofa kini pereka kasut seperti Datuk Jimmy Choo (terima kasih komentator budak blur untuk tip).

Hari ini Mstar Online turut melaporkan yang rahsia kecantikan Neelofa ialah pengambilan minuman kolagen dan rawatan muka dua kali sebulan di Chemical Peel.

Apa pun, dah orangnya cantik, jadi petua-petua ringkas pun boleh menambah lagi kecantikannya. Lagi 3 keping gambar Neelofa dengan membaca gosip ini sepenuhnya.


Photobucket
Photobucket
Photobucket


Comments are closed.

Loading...