Pemenang program Ikon Gadis melayu musim kedua, Syafiqa Melvin, 23, telah pun selamat bergelar isteri kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman, 52, dalam majlis pernikahan di rumah keluarga perempuan di Taman Seri Semarak, semalam.
Pasangan itu dinikahkan Naib Kadi Parit Buntar, Mohd Khori Junus, jam 10.30 pagi dengan disaksikan lebih 50 tetamu. ini ialah gambar Syafiqa di majlis pernikahannya semalam:-


Zainal Abidin, bapa kepada empat anak menduda selepas kematian isteri, Datin Shazarina Shamsuddin di Hospital Selayang akibat barah hati dan paru-paru pada 22 Disember 2010.
Manakala ini satu gambar dari majlis persandingan yang berlangsung pada hari ini:-
Setakat ini, inilah gambar yang kami temui. Sekiranya ada gambar yang lain, akan dikemaskini di blog ini nanti. Kredit gambar, Zulkifli Idris Photography. Manakala ini pula ialah gambar suami Syafiqa:
Semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Wanamerah
July 24, 2012 at 11:58 pm
Bila org susah hina , bila org senang dengki . Mulut orang . biaq laa dah jodoh . yg dok kata tu suma dengki . kalau kata mata duitan pon , suma org mata duitan , kalau takdak duit nak hidup lagu mna ? pikiaq la sikit kepada yg mengata tuu. hai Ya Allah . Dunia dunia .