Biasanya madu berwarna kuning keemasan atau warna coklat. Namun berbeza dengan madu yang ada di sebuah kawasan di Perancis. Ini ialah kerana madu yang dihasilkan berwarna-warni. Ada yang berwana hijau, biru dan coklat gelap.
Pada mulanya, para penternak lebah di Perancis dikejutkan dengan penemuan madu berwarna hijau dan biru di sarang lebah mereka. Setelah disiasat, rupanya lebah- lebah mereka menghasilkan madu berwarna-warni kerana menyedut manisan dari coklat M&M.
Sayangnya meskipun madu ini kelihatan menarik, madu ini tidak dapat dijual oleh para penternak lebah Perancis, karena standardnya di bawah standard madu yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.