Tindakan pantas penjaga Zoo China berjaya menyelamatkan nyawa seorang lelaki yang dikatakan mempunyai masalah mental selepas lelaki itu mengumumkan mahu ‘memperbaiki’ hidup harimau yang dipelihara dakam kandang dengan menawarkan badannya sebagai makanan.
Yang Jinhai, 27, telah memuat naik beberapa mesej online tentang hidup yang optimistik apabila memulakan kerja baru sebagai seorang pengawal keselamatan di Chengdu yang terletak di wilayah Sechuan. Tetapi dia mendapati pekerjaan tersebut membosankan dan berpindah ke tempat kerja lain di sebuah kilang percetakan.
Kemudiannya, dia juga berhenti dari tempat tersebut, dengan menyatakan yang dia merasakan ada sesuatu yang lebih bermakna dari kehidupan sebagai pekerja percetakan.
Selepas melawat satu zoo tempatan, dia menulis tentang kekecewaanya kerana ‘harimau yang berdarjat tinggi dan mengagumkan’ terpaksa tinggal dalam suasana tenang dalam kandang zoo, dan tidak diberi peluang untuk mengikut naluri harimau yang gemar berburu dan membunuh. ”
Saksi yang melihat kejadian, Feng Lin, berkata:-
Dia panjat pagar dari luar dan terjun masuk ke dalam kandang, saya rasa, dia menjangkakan yang dia akan diserang terus oleh harimau. Sebaliknya, kedua harimau itu kelihatan takut manakala harimau betina terus lari.
Dia kemudiannya mengejek harimau jantan yang masih berada di situ dengan membuat mimik muka. Harimau jantan itu menyerangnya, dia dicakar dan digigit sebelum diselamatkan penjaga zoo yang menembak harimau itu dengan peluru penenang.
Lelaki itu selepas itu dibawa keluar dari kandang dan dirawat.
Keluarga Yang memberitahu pihak media yang Jinhai mengalami kemurungan sejak sekian lama. Dia kini berada di rumah dan diberi rawatan psikiatri untuk mengatasi masalah yang dialami.
Laporan asal: Dailymail UK