(4 GAMBAR)Lelaki Kahwini Teman Wanita Yang Menghidap Kanser Terminal Di Hospital

Trending

(4 GAMBAR)Lelaki Kahwini Teman Wanita Yang Menghidap Kanser Terminal Di Hospital

Beberapa hari lepas kami telah menerbitkan entri mengenai seorang lelaki dari Shandong, China, yang berjanji untuk mengahwini teman wanitanya yang menghidap kanser terminal. Dia telah menunaikan janji bila keduanya semalam bergambar dengan sijil perkahwinan mereka di hospital.

Yu Haining, 24, dan Fan Huixiang, 25, telah menjalinkan hubungan selama lima tahun. Setelah mengetahui yang wanita itu didiagnosis menghidap kanser Jun lepas, Yu berhenti kerja supaya boleh bersama dengan Fan. Fan menghidap kanser adenokarsinoma metatistik tahap empat dan hanya ada beberapa minggu, paling banyak beberapa bulan untuk hidup, kata doktornya.

Advertisement

marriage-hospital

Dalam entri kami yang terdahulu, Fan tidak pasti sama ada dia patut mengahwini teman lelakinya yang sudah dikenali sejak sekian lama. Katanya pada wartawan waktu itu:-

Semua wanita impikan perkahwinan. Saya tak tahu berapa lama lagi akan hidup. Jika saya setuju berkahwin dengan dia kemudian mati, apa yang akan dia lakukan?

Julai lepas, seorang wanita di Chengsha, wilayah Hunan melamar teman lelakinya yang menerima rawatan kerana menghidap leukaemia yang kronik.

Kata lelaki itu:-

Impian saya yang paling utama ialah untuk melihat dia dalam gaun perkahwinan dan bergambar dalam gaun itu, walaupun saya tak dapat bergambar bersamanya.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

marriage-hospital4
marriage-hospital2
marriage-hospital5

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...