(4 GAMBAR)Lelaki Jepun Penyabar Bawa Kura-kura Peliharaan Keluar Berjalan Jauh

Trending

(4 GAMBAR)Lelaki Jepun Penyabar Bawa Kura-kura Peliharaan Keluar Berjalan Jauh

Seorang lelaki Jepun dan binatang peliharaan kesayangannya menjadi sensasi Internet setelah gambar mereka berdua berjalan sepanjang jalan raya di Tokyo menjadi viral. Lelaki itu merupakan seorang pengarah pengebumian mendedahkan kura-kura itu telah menjadi binatang peliharaannya selama 19 tahun dan dilayan seperti anak sendiri.
giant-tortoise-pet-550x413

Hisao menambah yang dia mula-mula melihat kura-kura itu yang berasal dari Afrika di sebuah kedai haiwan peliharaan semasa ia masih bayi dan hanya sebesar lima sentimeter.

Advertisement

Saya tak pernah ada anak, tapi 19 tahun lepas isteri saya nampak kura-kura ini dan rasa tertarik dengannya. Saya tidak dapat tinggalkan kedai itu tanpanya.

Mereka mengambil kura-kura itu dan menamakannya Bon-chan, dan memeliharanya seperti anak sendiri.

Saya bawanya berjalan dua hingga tiga kali sehari, dan Bon-chan suka berjalan. Kami biasa berjalan selama satu setengah jam. Saya orang yang sabar, tapi Bon-chan bukan berjalan perlahan sangat. Dia sudah hafal jalannya dan dia sangat tabah, jadi selalunya saya yang ekori dia, bukan sebaliknya. Kami berjalan di sekitar kejiranan kami dan kami terkenal di sini.

Jika ada gadis comel yang melintas dia akan mengekori gadis itu.

Dalam perjalanan mereka, Hisao biasanya membawa beg berisi lobak merah, kobis, beg plastik untuk mengisi najis Bon-chan dan botol air untuk membasuh air kencingnya dari bahu jalan.

Kadangkala dia membawa Bon-chan ke tempat kerjanya.

Bila orang datang jumpa saya, mereka biasanya dalam keadaan sedih tetapi mereka akan tersenyum bila lihat Bon-chan. Saya bangga anak lelaki saya ada kesan sebegitu pada orang lain.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

YBhg Datuk Norliza Rofli Ketua Pengarah JKKN merasmikan Galeri Seni JKKN Kelantan sebentar tadi. Jgn lupa berkunjung ke Kompleks JKKN Kelantan, Kota Bharu berhampiran Taman Tunku Anis.

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 11 June 2015

giant-tortoise-pet2-550x734
giant-tortoise-pet3-550x734
giant-tortoise-pet4-550x585

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...