Hidup ini memang tidak adil. Untuk semua keindahan di dunia ini, terdapat jua kesakitan dan penderitaan. Ini ialah sebuah kisah yang menjalin unsur keindahan dan kekecewaaan.
Awal bulan ini di Filipina, seorang lelaki berusia 29 tahun mengahwini wanita yang dicintainya, di sebuah hospital beberapa jam sebelum kematiannya.
Rowden Go dan Leizel May asalnya merancang untuk berkahwin pada 8 Julai, iaitu hari ulangtahun kelahiran Rowden yang ke-30. Bagaimanapun perancangan terpaksa diubah kerana bakal pengantin lelaki didiagnosis dengan kanser tahap empat.
Permintaan terakhir Rowden, dia tetap ingin berkahwin dengan Leizel. Majlis perkahwinan mereka telah dilaksanakan di hospital, namun tidak sampai 10 jam kemudian, Rowden telah meninggal dunia.
Ikuti majlis perkahwinan mereka dalam video ini.