Selepas membina kerjaya di sebuah agensi perhubungan awam dan pemasaran yang menerajui pasaran New York selama enam tahun, Alana Jones-Mann membuat keputusan untuk memfokus tenaganya dalam bakeri, ciptaan dan rekaan. Menurut Alana:
Bagi saya, ketelitian itu penting. Saya percaya sentuhan peribadi akan membuatkan sesuatu majlis sukar dilupakan. Sama ada ia pencuci mulut yang rasanya sedap dan rupanya cantik, dekorasi majlis perkahwinan atau harijadi, saya bekerjasama dengan pelanggan untuk menginspirasi, mencipta dan mereka elemen unik khas buat mereka.
Di laman web miliknya, Alana mengongsikan hasil kerja dan tutorialnya. Antara yang dikongsikan ialah kek cawan kaktus yang mengagumkan. Jangan lupa cuba di rumah dan kongsikan hasilnya di media sosial anda.
Sumber: http://alanajonesmann.com/2013/04/diy-house-plant-cupcakes/