Kamera inovatif yang direka oleh Yeong Su Kim ini dipanggil ‘Kamera Jari’. Dengan kamera ini, anda boleh menetapkan saiz gambar dan menangkap gambar hanya menggunakan jari.
Dengan kamera ini, anda tidak perlukan kamera konvensional, kerana anda hanya perlu bengkokkkan jari untuk mengambil gambar. Imej dan video yang terhasil boleh dipindahkan secara tanpa wayar ke telefon pintar anda. Lensa kamera, pemetik dan dan Bluetooth terbina bersama kamera ini.
Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Festival Tari Malaysia (FESTARI) 2013 akan diadakan mulai hari ini, 5 Disember untuk kategori Tradisional, 6 Disember untuk kategori Moden, dan majlis penyampaian hadiah FESTARI akan diadakan pada 7 Disember. Program bermula pada 8.30 malam di Auditorium DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Semua dijemput hadir. Masuk adalah PERCUMA!
Sebanyak 16 kumpulan bersaing dengan lapan daripadanya adalah kategori tradisional manakala selebihnya kategori moden. Persaingan kategori tradisional berlangsung Khamis dan diikuti keesokan harinya untuk kategori moden.
Untuk kategori tradisional, lapan kumpulan yang terpilih berentap di peringkat saringan adalah Rentak (mewakili Selangor), Sri Tunas Petra (Sarawak), Badan Kesenian Tentera Laut (Perak), Prima Dansa (Unitar, Sabah), Nyala Dance Theatre (KL), Warisan Seni Negeri Sembilan, Busak Lawai (Sabah) dan Anak Dalam Gading (Sarawak).
Kategori moden pula menyaksikan pembabitan kumpulan Humble First (Perak), Kitta Move (Sabah), Destar Limar (UPSI, Perak), Luv Dance Group (Pulau Pinang), Stop Reverse Crew (Melaka), Deekizzboyz Featuring AC Crew (Sabah) Zainoren Zainudin (KL) dan Hellecton (Sabah).