Sebuah kontena berisi satu unit Harley-Davidson berplat nombor daerah Miyagi, Jepun ditemui di tepi pantai British Columbia, Kanada. Bangkai Harley itu hanyut sampai ke sana di bawa arus Tsunami kesan gempa bumi di Jepun tahun lalu
Ditemui beberapa hari lepas, Harley-Davidson yang sudah berkarat itu ditemukan oleh seorang warga Kanada bernama Beachcomber Peter Mark, dalam sebuah kontena yang terdampar. Kata Mark kepada CBC News:-
Pintu kontena itu sudah rosak, dan saya melihat sebuah motor Harley-Davidson di dalamnya.



Setelah dikeluarkan, baru diketahui bahawa bangkai Harley-Davidson itu merupakan jenis Softail dengan nombor plat yang didaftarkan di Jepun. Keadaan Harley-Davidson Softail ini dipenuhi karat dan banyak kain serta plastik yang tersangkut di bahagian enjinnya. Di dalam kontena juga ditemui beberapa peralatan golf dan perkhemahan.
Menurut khabar dari jepun, pemilik motor ini terselamat semasa Tsunami dan barang-barang miliknya ini akan dihantar kembali kepadanya.
