January 13th, 2015

Sebelum ini Hafiz Suip pernah menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita namun hubungan itu terputus di tengah jalan. Kini, setelah hampir dua tahun menjalinkan hubungan cinta dengan kekasihnya dikenali sebagai Effy, Hafiz memberitahu dia mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 27 Februari depan.


 photo 10570191_1500352566868044_519165727_n.jpg

Hafiz memaklumkan tentang itu di sidang media Showcase Hafiz and Friends bertempat di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur, semalam.

Majlis akan diadakan di Hotel Pullman, Kuching, Sarawak, kata Hafiz kepada Malaysian Digest:

Pada 21 Disember lalu, saya telah menghantar rombongan merisik dan majlis tersebut diadakan di rumah teman wanita saya di Sarawak. Selepas perbincangan, semua sepakat memutuskan majlis bertunang diadakan pada 27 Februari ini.

Istimewanya pada tarikh itu juga merupakan tarikh hari lahir saya. Saya seorang yang mudah lupa, jadi memilih tarikh sama senang untuk saya ingat.

Hafiz mendedahkan perkara tersebut selepas diusik pertanyaan inai di jari berserta sebentuk cincin yang tersarung di jarinya.

Kata Hafiz lagi, tempoh pertunangannya mungkin mengambil masa selama setahun dan akan melangsungkan pernikahan sebaik saja buah hatinya itu tamat pengajian.

Dia masih belajar lagi. Mungkin dalam setahun lagi dia akan habis belajar dan saya tidak mahu terburu-buru.

Kalau boleh saya pun tidak mahu bertunang lama-lama tetapi saya menghormati dan mahu memberi ruang padanya. Insha Allah apabila dia tamat belajar nanti baru kami akan merancang untuk persiapan perkahwinan,” katanya sambil menyatakan sudah bersedia memikul tanggungjawab sebagai suami.

Eloklah tu kan. Lama-lama berpasangan takut nanti tak ke mana. Jika ada kesempatan dan sudah bersedia, lebih baik jika hubungan yang serius dibawa ke peringkat seterusnya. Semoga perancangan anda berdua berjalan lancar dan dipermudahkan sehingga majlis perkahwinan nanti.

Lagi tiga gambar Hafiz dan Effy dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 10693720_1470583329870810_495547648_n.jpg
 photo 10843891_368187463350252_1373918854_n.jpg
 photo 10899468_392763654217031_488964794_n.jpg


Comments are closed.

Loading...