Seorang pemilik gerai menjual makanan segera, menyedari kuasa membeli pelanggan perempuan, membuat keputusan untuk mengupah seorang model sasa untuk memasak dan menjual burger di Shenyang, China.
Pemilik itu bernama Wang Meng, mengupah seorang model bernama John yang sedang belajar di sebuah universiti di China untuk memasak burger tanpa berbaju.
Tidak dapat dipastikan sama ada pejabat kesihatan Shenyang membenarkan tukang masak bekerja tanpa baju. Namun begitu, John masih mengenakan topeng muka lutsinar.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Strategi Wang Meng ternyata berkesan kerana burgernya kini dijual dengan laris, dan majoriti pelanggan ialah wanita.
Pemilik-pemilik gerai berhampiran khabarnya tidak menggemari strategi baru Wang Meng dan menganggap ia tidak sesuai.
Namun mungkin melihatkan jumlah jualan burger Wang Meng yang kini laris, mereka akan meniru strategi yang sama juga.
Gambar: IC Press
Sumber: Oddity Central