(4 GAMBAR)Enam Tahun Sendiri, Wanita Putuskan Kahwini Diri Sendiri

Trending

(4 GAMBAR)Enam Tahun Sendiri, Wanita Putuskan Kahwini Diri Sendiri

Ramai wanita ingin berkahwin namun tidak menemui lelaki yang sesuai.

Kini, seorang pembikin filem berusia 31 tahun dari London telah mengatasi masalah ini dengan mengahwini diri sendiri.

Advertisement

Grace Gelder telah membujang selama enam tahun apabila membuat keputusan untuk menguruskan majlis perkahwinannya sendiri.

1412688367023_Image_galleryImage_collects_of_31_year_old_L

Dia melamar dirinya sendiri di atas kerusi panjang sebuah taman, membeli cincin dan menjemput semua kawannya melihat dia melafazkan ikatan perkahwinan.

Dia diiringi kawannya ke gerbang perkahwinan, tetapi berdiri seorang diri semasa melafazkan ikatan perkahwinan dalam upacara luar biasa itu.

Advertisement

Seorang kawan saya yang berusia 50-an kata majlis saya ialah antara majlis perkahwinan terbaik pernah dihadirinya.

Menurut Gelder, antara inspirasinya untuk mengahwini dirinya ialah oleh satu ayat dalam lirik lagu berjudul Isobel nyanyian Bjork, iaitu ‘Saya Isobel, saya sudah berkahwin dengan diri sendiri’.

1412688382578_wps_32_31_year_old_Londoner_Grac 1412688390676_wps_33_31_year_old_Londoner_GracDia mengakui yang semasa mengadakan majlis itu, bercinta dengan individu lain ‘kelihatan seperti sesuatu yang memerlukan kerja keras’.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Dia berfikir tentang lirik lagu Isobel semasa duduk di sebuah kerusi menghadap bandaraya London di satu kawasan Parliament Hill yang romantik November lepas, dan melamar dirinya sendiri.

Dia mendakwa ibu bapanya berbangga dengan keputusannya manakala neneknya, yang kini telah meninggal dunia berkata dia ‘sentiasa memikirkan sesuatu yang baru’.

Advertisement

1412716768416_Image_galleryImage_collects_of_31_year_old_LWalaupun ada antara kawannya yang berkata idea itu seperti narsisistik (kagum diri), yang lain mengalu-alukan rancangan itu.

50 orang tetamu hadir ke majlis perkahwinannya di satu rumah pinggir bandar di Devon, yang dihadiahkan seorang kawan untuk majlis itu.

Tetamu menyaksikan Grace melengkapkan beberapa upacara, termasuk melafazkan ikatan perkahwinan kepada diri sendiri, memakai cincin dan membaling jambangan bunga.

Hanya kakak Grace ahli keluarga yang hadir ke majlis itu, yang lain tidak hadir kerana masalah logistik.

Walaupun perkahwinannya tidak diiktiraf undang-undang, Grace berharap yang tindakannya yang ‘meningkatkan kendiri’ akan menginspirasikan lelaki dan wanita bujang yang lain.

Sumber: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...