Ramai wanita ingin berkahwin namun tidak menemui lelaki yang sesuai.
Kini, seorang pembikin filem berusia 31 tahun dari London telah mengatasi masalah ini dengan mengahwini diri sendiri.
Grace Gelder telah membujang selama enam tahun apabila membuat keputusan untuk menguruskan majlis perkahwinannya sendiri.
Dia melamar dirinya sendiri di atas kerusi panjang sebuah taman, membeli cincin dan menjemput semua kawannya melihat dia melafazkan ikatan perkahwinan.
Dia diiringi kawannya ke gerbang perkahwinan, tetapi berdiri seorang diri semasa melafazkan ikatan perkahwinan dalam upacara luar biasa itu.
Seorang kawan saya yang berusia 50-an kata majlis saya ialah antara majlis perkahwinan terbaik pernah dihadirinya.
Menurut Gelder, antara inspirasinya untuk mengahwini dirinya ialah oleh satu ayat dalam lirik lagu berjudul Isobel nyanyian Bjork, iaitu ‘Saya Isobel, saya sudah berkahwin dengan diri sendiri’.
Dia mengakui yang semasa mengadakan majlis itu, bercinta dengan individu lain ‘kelihatan seperti sesuatu yang memerlukan kerja keras’.
Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Dia berfikir tentang lirik lagu Isobel semasa duduk di sebuah kerusi menghadap bandaraya London di satu kawasan Parliament Hill yang romantik November lepas, dan melamar dirinya sendiri.
Dia mendakwa ibu bapanya berbangga dengan keputusannya manakala neneknya, yang kini telah meninggal dunia berkata dia ‘sentiasa memikirkan sesuatu yang baru’.
Walaupun ada antara kawannya yang berkata idea itu seperti narsisistik (kagum diri), yang lain mengalu-alukan rancangan itu.
50 orang tetamu hadir ke majlis perkahwinannya di satu rumah pinggir bandar di Devon, yang dihadiahkan seorang kawan untuk majlis itu.
Tetamu menyaksikan Grace melengkapkan beberapa upacara, termasuk melafazkan ikatan perkahwinan kepada diri sendiri, memakai cincin dan membaling jambangan bunga.
Hanya kakak Grace ahli keluarga yang hadir ke majlis itu, yang lain tidak hadir kerana masalah logistik.
Walaupun perkahwinannya tidak diiktiraf undang-undang, Grace berharap yang tindakannya yang ‘meningkatkan kendiri’ akan menginspirasikan lelaki dan wanita bujang yang lain.
Sumber: Dailymail UK