Wah, semakin tampak jelita dan anggun Dato’ Siti Nurhaliza apabila muncul di sidang media Minggu Setiausaha semalam dengan figura yang semakin langsing. Apatah lagi bila mengenakan busana berwarna turqoise dan hitam, tampak simple tapi elegan. Sekali pandang macam anak dara.
Jangan salah anggap pula, Siti sihat-sihat sahaja dan bentuk tubuhnya yang semakin langsing ini khabarnya hasil diet Siti yang menjaga pemakanannya.
Buat anda yang belum tahu, dalam sidang ini Siti mengumumkan tentang persembahannya untuk minggu setiausaha di Taming Sari Grand Ballroom, Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur pada 11 April 2013. Sekiranya berminat untuk melihat sendiri persembahan Siti secara live, individu atau organisasi boleh menghubungi talian 03-26889688.
Lagi dua gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar instagram Rozi Abdul Razak.