Anjing baka lakeland terrier ini mempunyai kepakaran menghidu bolasepak, bola tenis dan bola pantai dari semak selama beberapa tahun lamanya.
Menurut pemiliknya Sarah Bennet halaman rumahnya kini penuh dengan ‘trofi’ yang dikutip oleh anjing itu. Katanya, anjing itu telah mengumpul hampir 1, 000 biji bola setakat ini;
Sejak kami membelinya sebagai anak anjing dia sudah menemui bola. Minggu pertama, dia kutip sebiji bola kulit yang sudah lama di hujung halaman.
Dia kutip bola dalam pelbagai saiz–dari bola kecil yang melantun sehinggalah bola besar bersaiz tiga kali ganda dari badannya. Saya rasa dia dah kutip hampir seribu biji bola sejak kami peliharanya.
Menurut Sarah, ada kalanya dia memberikan bola-bola yang ditemui oleh anjingnya kepada orang.
Dia akan menyalak kerana dia sangat sukakan bola-bola itu.
Lagi empat gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Laporan asal: Western Daily Press