(4 GAMBAR)Alat Kelamin Lelaki India Dikerat Penduduk Kampung Kerana Cubaan Merogol

Trending

(4 GAMBAR)Alat Kelamin Lelaki India Dikerat Penduduk Kampung Kerana Cubaan Merogol

Seorang lelaki India yang ditangkap ketika cuba memperkosa seorang gadis remaja kini berada dalam keadaan kritikal setelah penduduk tempatan memotong alat kelaminnya dengan pisau pemotong daging.

Suresh Kumar menjadi sasaran di Ganganagar, yang terletak di sebuah negeri tenggara India, Rajasthan, setelah penduduk mendengar jeritan meminta tolong gadis itu. Mereka melihat lelaki berusia 40 tahun itu menindih si gadis pada dinding. Satu kumpulan penduduk kemudiannya mengheret lelaki itu ke kedai daging di mana dia dibelasah selama sejam dengan kayu sebelum dikembiri.

Advertisement


 photo 1.jpg

Alat kelamin yang telah dikerat dibuang ke tengah jalan dan Kumar yang berlumuran darah dibiarkan terbaring berhampiran.

Aamir Dhawan, 30, memberitahu yang tiada siapa membantu Kumar kerana mereka tahu dia telah dihukum untuk jenayah seks. Tambahnya:

Di negara ini telah berlaku banyak jenayah terhadap wanita kebelakangan ini, wanita dirogol, digantung, dicabul, dan sudah tiba masanya untuk semua ini dihentikan.

Ini ialah satu mesej yang jelas untuk orang seperti itu–jika mereka lakukannya, mereka akan dihukum.

Polis bagaimanapun meminta orang ramai yang bertanggungjawab untuk tampil, memberitahu yang orang ramai tidak boleh melaksanakan undang-undang mereka sendiri. Jurucakap polis berkata:

Walaupun jenayah seperti ini menyedihkan, undang-undang dan peraturan perlu dikekalkan, bukannya dengan menegakkan keadilan membunuh secara berkumpulan.

Kami menyeru yang bertanggungjawab untuk menyerah diri sebelum kami cari mereka.

Kumar telah dihantar ke hospital dan doktor menyatakan keadaanya kini kritikal.

Gadis yang hampir diperkosa diberikan rawatan kerana terkejut dan diberi kaunseling.

Kejadian kembiri ini berlaku setelah beberapa jenayah seks kejam berlaku di India, menyebabkan penduduk bertindak sendiri untuk cuba menghentikannya. Julai lepas, seorang lelaki dibunuh dan dua lagi cedera teruk setelah dituduh merogol dan menggantung seorang budak perempuan tujuh tahun.

Budak itu ditemui tergantung di dahan pokok berdekatan kampung Kaliabazar, barat Bengal, dan penduduk kampung yang marah telah membelasah seorang ahli meditasi di kampung itu dan dua orang kawannya ang dituduh melakukan jenayah itu.

Seorang mati kemudiannya di hospital manakala dua lagi terpaksa diberikan rawatan yang berlanjutan.

Kejadian itu hampir serupa dengan kejadian di Badaun, Uttar Pradesh, beberapa minggu sebelum itu, di mana dua adik beradik wanita dirogol dan digantung di dahan sebatang pokok yang terletak luar kampung mereka.

Lagi tiga gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo 2.jpg
 photo 3.jpg
 photo 4.jpg

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...