Bakal mendirikan rumah tangga pada 21 Februari depan, seperti pasangan lain Anzalna dan Hanif Zaki ingin mengabdikan cinta mereka menerusi foto pra perkahwinan.
Melalui beberapa foto yang dikongsikan menerusi Instagram Anzalna, foto pra perkahwinan beliau tampak cukup eksklusif ala-ala lagu Janam-Janam didalam filem Dilwale. Ewah, Anzalna pun demam Dilwale jugak ke? Hehe..
Untuk pengetahuan anda, majlis pernikahan mereka akan diadakan di Masjid Negara Kuala Lumpur sebelum mengadakan dua majlis resepsi masing-masing pada 27 Februari 2016 Hotel Grand Hyatt dan 3 April 2016 di Dewan Perdana Felda. Anzalna telah memilih konsep seperti pasangan diraja Britain untuk majlis resepsinya yang pertama.
Apa kata kita lihat beberapa lagi foto pra perkahwinan Anzalna dan Hanif dengan membaca entri ini sepenuhnya.