4 Bulan Selepas Belanjawan 2023, Apa Yang Orang Muda Dapat?

Branded

4 Bulan Selepas Belanjawan 2023, Apa Yang Orang Muda Dapat?

‘Eah kenapa duit eBeliaRahmah aku tak kredit lagi?’

Meriah betul sosial media akhir-akhir ni. Mana tidaknya, eBeliaRahmah katanya baru dikreditkan kepada lebih 2 juta belia. Masing-masing nampaknya tak nak melepaskan peluang untuk ‘claim’ bantuan yang kerajaan berikan.

Tapi bila tengok balik pada Belanjawan 2023, kami perasan yang kerajaan begitu komited untuk membantu golongan muda yang terkesan dengan keadaan ekonomi semasa. Apa yang lebih penting, belia hari ini harus bijak berdikari agar mampu menghadapi apa jua kemungkinan akan datang.

Menerusi Belanjawan 2023, ini merupakan antara 7 inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu golongan belia.

1. eBeliaRahmah

Kerajaan memperuntukkan RM400 juta menerusi inisiatif ini dengan tujuan mendorong transaksi tanpa tunai dalam kalangan belia dan juga pelajar IPT sepenuh masa yang berkelayakan.

Setiap penerima mendapat RM200 (berbanding RM150 tahun lalu) menerusi e-dompet Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet dengan pembayaran secara one-off.

Bagi yang masih belum berbelanja, anda hanya mempunyai masa sehingga 31 Ogos ini sahaja. Jangan tunggu lama-lama dan berbelanja secara berhemah.

2. Tangguhan dan diskaun bayaran balik PTPTN

Bagi meringankan beban kewangan peminjam yang terjejas, kerajaan telah memberi penangguhan pembayaran balik untuk tempoh enam bulan kepada peminjam yang berpendapatan bulanan RM1,800 dan ke bawah.

Selain itu, diskaun 20 peratus turut ditawarkan jika peminjam membuat pembayaran penuh. Diskaun 15 peratus pula diberikan buat mereka yang menyelesaikan pembayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dengan pembayaran secara potongan gaji atau debit. Kedua-dua inisiatif ini baru sahaja tamat tempoh dan syabas kepada mereka yang telah mengambil peluang tersebut!

3. Subsidi bayaran lesen motosikal B2 untuk remaja daripada keluarga B40

Bagi mengurangkan beban belia daripada golongan kurang berpendapatan, kerajaan bersetuju menanggung pembiayaan lesen motosikal kelas B2 bagi belia B40 yang tersenarai dalam rekod data e-Kasih.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia telah melancarkan Program MyPSV bagi membantu golongan B40 mendapatkan Lesen Vokasional Kenderaan Perkhidmatan Awam (Public Service Vehicle – PSV).

4. Pindaan Akta Insolvensi 1967 (kes muflis)

Semasa pembentangan Belanjawan 2023, Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah berkongsi maklumat bahawa, setakat Januari tahun ini, lebih 260,000 kes muflis direkodkan melibatkan majoriti belia Melayu.

Bagi menangani isu ini, kerajaan telah meminda Akta Insolvensi 1967 untuk membenarkan kes kebankrapan dilepaskan serta-merta. Dalam pada itu, kes-kes kecil yang melibatkan hutang kurang daripada RM50,000 yang memenuhi kriteria dilepaskan secara automatik mulai 1 Mac dan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

5. Pembiayaan perniagaan menerusi agensi terlibat

Nak mulakan perniagaan tapi tiada modal? Jom manfaatkan insentif yang kerajaan berikan menerusi beberapa agensi terlibat dengan dana berjumlah RM1.7 bilion.

TEKUN Nasional (TEKUN)

Skim Pembiayaan Tekun Niaga

Skim Pembiayaan Lanjutan Usahawan Setia (PLUS)

Skim Pembiayaan Kontrak-i

Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT)

Skim Pembiayaan Bekas Penjawat Keselamatan (SPEK)

Skim Pembiayaan Tekun Mobilepreneur 4.0

Bank Negara Malaysia (BNM)

BNM- Kemudahan Perusahaan Mikro (MEF)

BNM- Kemudahan Peralihan Kepada Rendah Karbon (LCTF)

BNM- Kemudahan Permodalan Semula Perniagaan (BRF)

BNM- Kemudahan Agromakanan (AF)

BNM- Kemudahan Automasi Dan Digital PKS (ADF)

BNM- Kemudahan Pembiayaan Pelancongan PENJANA (PTF)

BNM- Kemudahan Semua Sektor Ekonomi (AES)

BNM- Kemudahan Teknologi Tinggi dan Hijau (HTG)

BNM- Kemudahan Bantuan Bencana (DRF)

Bank Simpanan Nasional (BSN)

BSN- Micro/i Penjaja Kasih- Muda

BSN- Micro/i Penjaja Kasih- Bumiputera

BSN- Micro/i Penjaja Kasih- Bukan Bumiputera

BSN- Micro/i Kasih

BSN- Micro/i Kasih- Nita

BSN- Micro/i Kasih- Belia

BSN- Micro/i Kasih- Bumiputera

BSN- Micro/i Kasih- Bumiputera Sabah/Sarawak

6. Program meningkatkan kemahiran belia

Bagi memberi peluang kepada belia untuk menikmati upah yang lebih tinggi, kerajaan menggalakkan para belia untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang pilihan di mana kos bayaran sehingga RM2,500 akan ditanggung kerajaan bagi pengajian kursus jangka pendek di IPTA atau IPTS.

Bagi kategori pensijilan profesional dan micro credential pula kerajaan akan menanggung kos pengajian sehingga RM4,000.

Bukan itu saja, elaun sebanyak RM300 selama 3 bulan juga diberikan sebagai pendapatan gantian kepada pekerja ekonomi gig yang menjalani program latihan.

7. Lebih 50,000 peluang pekerjaan dengan MySTEP

Meneruskan legasi kerjasama strategik bersama pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik, kerajaan menerusi program Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) kepada para belia.

Peluang ini terbuka kepada belia warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas tanpa mengira latar belakang akademik.

Kalau korang nak tau, sebenarnya ada banyak je lagi inisiatif kerajaan untuk golongan belia ni. Apa yang kami kongsi ni merupakan sebahagian saja dan merupakan antara inisiatif yang bagi kami sangat bermanfaat.

So grab the chance guys.

Untuk info lanjut manfaat Belanjawan 2023, layari laman sesawang https://belanjawan.mof.gov.my/manfaat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...