Pasti ada diantara kita pernah alami dilema semasa hendak membeli barang untuk dibawa ketika bercuti.
Kadang-kala semasa menyusun barang, semua terasa penting apabila difikir balik. Tetapi, masih tak dapat nak buat keputusan kerana semua benda sangat penting bagi kita.
Ingat! seeloknya kita perlu memudahkan urusan percutian kita agar barang-barang yang dibawa di guna sebaik mungkin.
Melalui perkongsian seorang pemuda di Facebook, beliau mencadangakan agar membeli 4 benda ini untuk memudahkan kita semua semasa travel.
1) Alas mangkuk tandas
Kebersihan tandas amat diutamakan oleh kita semua. Ada antara kita yang lebih suka menggunakan tandas duduk berbanding cangkung. Tetapi, semasa kita bercuti di luar negara, kebanyakkan mangkuk tandas banyak kesan tapak kasut.
Jika dibasuh dan dijirus, bekas kasut masih ada. Jadi, kebersihannya tidak terjamin.
Solusi:
Anda perlu beli alas mangkuk tandas yang boleh di beli di Shopee dengan harga RM1 sahaja. Dalam sebungkus mempunyai 10 helai. Jadi, beli banyak untuk dijadikan bekalan semasa anda bercuti.
2) Botol travel 4 dalam 1
Ini sangat sesuai untuk mereka yang tak suka membawa banyak botol cecair untuk dimasukkan ke dalam bagasi. Jadi, anda bolehlah bawa botol travel 4 dalam 1 ini semasa bercuti.
Botol ini boleh dibawa jika diletakkan dalam bagasi kabin kerana isi kandungannya kurang dari 100 ml.
Cadangan cecair yang boleh diisi dalam botol tersebut:
– Losyen
-Minyak wangi
– Toner
– Peluntur mekap
– Krim siang
– Krim pelindung matahari dan macam-macam lagi selagi ianya cecair
3) Beg Kedap Udara dengan Penyedut Angin
Jika anda menggunakan beg ini, ia memang menjimatkan ruang dalam bagasi anda dimana anda boleh letakkan banyak baju.
Jika anda bawa baju yang tebal seperti jaket musim sejuk, tuala, dan baju-baju yang lain, ia boleh dikempiskan senipis bawang tau.
4) Hanger lipat portable
Hanger lipat portable adalah sangat penting untuk dibawa semasa bercuti. Ini kerana hotel yang kita menginap, hanya menyediakan lebih kurang 4 buah hanger dalam sesebuah bilik.
Jika kita nak mengantung baju, jaket, dan macam-macam lagi, memang memerlukan hanger yang banyak. Tak kan nak bawa dari rumah? memang tak muatlah beg kita.
Solusi:
Belilah hanger portable yang boleh dilipat menjadi kecik dan boleh dimasukkan ke dalam bagasi. Jimat sangat ruang!
Semoga perkongsian hari ini bermanfaat! Apa yang selalu anda bawa semasa bercuti? Kongsikan.
Sumber: Facebook