“4 Bandar Di Malaysia Dikatakan Berbahaya, Dakwaan Itu Tidak Benar” – KPN

Trending

“4 Bandar Di Malaysia Dikatakan Berbahaya, Dakwaan Itu Tidak Benar” – KPN

khalid-bakartop-10

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar tidak puas hati dengan tindakan sebuah laman sesawang maklumat pelancongan yang menyenaraikan empat bandar di Malaysia sebagai bandar berbahaya.

Advertisement

Jelasnya, empat bandar dalam senarai 10 bandar paling berbahaya di rantau Asia itu tidak mencerminkan keadaan sebenar di Malaysia.

Menurut portal FMT, Laman worldatlas.com pada 17 Mac lalu menyenaraikan Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang dan Johor Bahru antara 10 bandar paling berbahaya di Asia.

Dalam artikel itu, jenayah meragut, menipu dan mencuri dikatakan berleluasa di bandar-bandar terbabit dan penjenayah tidak akan melepaskan sebarang peluang ke atas penduduk tempatan mahupun pelancong.

Di ibu negara contohnya, jenayah berat seperti bunuh, rogol dan rompakan sering berlaku.

Di Klang dan Petaling Jaya berlaku pergaduhan antara kongsi gelap, manakala Johor Bahru pula adalah kawasan berisiko tinggi berlaku kes kecurian kereta dan rompakan.

Khalid berpendapat, kadar jenayah di empat bandar itu tidak jauh berbeza dengan bandar-bandar lain di Asia.

“Menyifatkan empat bandar ini antara 10 bandar paling berbahaya di Asia adalah tidak tepat, saya tidak setuju,” katanya yang dipetik Sin Chew Daily.

Tegasnya, pelancong asing yang pernah berkunjung ke Malaysia boleh membuktikan keadaan di negara ini adalah selamat.

“Polis tidak menafikan dalam beberapa kes spesifik, ada pelancong yang menjadi mangsa penjenayah ketika melancong di negara ini, namun ia tidak cukup untuk menjadikan bandar-bandar itu antara 10 bandar paling berbahaya di Asia,” katanya yang membidas artikel itu berat sebelah.

Enam bandar lain yang turut disenaraikan ialah Karachi di Pakistan, Dhaka di Bangladesh, Ulaanbaatar di Mongolia, Gurgaon di India, Manila serta Quezon City di Filipina.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...