Stress kan kalau esok ada perjumpaan yang penting,tiba-tiba muncul “Miss J” dekat muka.Banyak pula tu, ibarat tumbuh bak cendawan selepas hujan.Macam-mana nak hilangkan jerawat dalam masa satu malam.
Ini ada beberapa tips untuk hilangkan jerawat dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi yang boleh anda cuba.
#1 Madu
Madu adalah cairan kental yang dihasilkan oleh lebah ataupun serangga lain dari nektar bunga, menyerupai sirup tetapi rasa yang dihasilkan madu lebih manis.
Rasa manis tersebut hadir karena terdapat substansi monosakarida, glukosa dan fruktosa yang mana ketiganya juga sama memberikan rasa manis pada gula.
Madu merupakan antibiotik natural yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Madu juga boleh melembapkan serta menjadikan kulit lebih sihat.
#2 Aloe Vera
Aloe Vera atau lidah buaya adalah sejenis pokok berdaun runcing dari keluarga Liliaceae sama seperti bawang putih dan merah.
Hampir 100 peratus pokok Aloe Vera mengandungi air. Bahagian dalam pelepahnya dipenuhi isi berbentuk gel yang mempunyai banyak kegunaan dan khasiat untuk kesihatan dan kecantikan.
Aloe vera ni banyak khasiatnya. Ia juga memilik kandungan anti-bakteria dan juga anti-radang yang mengurangkan kemerahan serta iritasi kulit.
#3 Ais
Seharian bekerja dan kemudian pulang ke rumah melayani keluarga pasti letih dan tidak sempat melakukan rawatan kecantikan untuk muka. Kami ingin kongsikan cara paling mudah dan murah iaitu menggunakan ais!
Ais bukan sahaja untuk menyejukkan minuman, tetapi juga boleh digunakan sebagai petua untuk mencantikkan wajah.
Ambil beberapa ketul ais dan balut dengan kain lembut. Tekap pada bahagian berjerawat selema 2-3 minit. Untuk pengetahuan anda, ais boleh mengurangkan bengkak serta mengecutkan jerawat.
#4 BAWANG PUTIH
Bawang putih merupakan antara ‘superfood’ yang mempunyai banyak khasiat. Bukan sahaja bagus untuk kesihatan dalama, bawang putih juga banyak digunakan sebagai penjagaan kesihatan dan kecantikkan luaran.
Namun, bukan itu sahaja tau kelebihannya kerana bawang putih ini sangat bagus untuk merawat bermacam jenis penyakit! Sangat mengagumkan!
Bawang putih mengandungi anti-bakteria yang boleh melawan jerawat.
Hancurkan seulas bawang putih dan tambah sedikit air. Kemudian, sapu pada kawasan berjerawat selama 10 minit. JANGAN letakkan bawang putih pada kulit tanpa air.