4 Bahan Altenatif Ini Boleh Guna Bila “Make-Up Remover” Dah Habis, Memang Terbaik!

Trending

4 Bahan Altenatif Ini Boleh Guna Bila “Make-Up Remover” Dah Habis, Memang Terbaik!

Lumrah seorang wanita bila nak kemana-mana alat mekup memang ada yang bawak. Yelah mesti lah tampil cantik dan berseri untuk insan tersayang. Lebih-lebih lagi bila keluar pergi “dating”.

Advertisement

Tapi bila dah balik rumah macam beratlak atau malas nak bersihkan wajah. Sehari suntuk keluar memang penat namun kena juga bersihkan muka. Kalau tak, kulit muka boleh rosak.

Ada waktu pula rasa semangat nak bersihkan mekup kat wajah tu tapi make-up remover habis pula. Di sini, admin ada cara lain yang boleh digunakan perkongsian dari laman Fimela, jom kita tengok apa yang boleh digunakan sebagai pengganti make-up remover.

Minyak Zaitun

Dekat rumah, sudah semestinya ada minyak zaitun kan, ialah, antara bahan yang digunakan untuk memasak, lagi-lagi mana yang jaga pemakanan. Minyak zaitun, ini pun boleh dijadikan sebagai make-up remover, ianya mudah meresap, dan juga dapat memberi kelembapan pada kulit. Memang sesuai sangatlah, lagi-lagi untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif, bahan semula jadi ini sememangnya apa yang anda perlu ada.

Baby Oil

Terdapat juga, alat solek yang kalis air kan, dan ianya memang sukar untuk dihilangkan, nak ‘menyental’ muka, habis merah muka nanti. Jadi, cara lain, anda boleh gunakan baby oil, dengan tekstur yang lembut, ianya sangat baik untuk menghilangkan alat solek jenis kalis air.

Virgin Coconut Oil

Ramai yang sudah mengetahui, kehebatan virgin coconut oil ini, ianya bukan sahaja dapat membantu anda untuk menghilangkan alat solek di wajah, tetapi juga sangat baik dalam memerangi radikal bebas penyebab kerosakan kulit. Namun, selepas menggunakannya, anda haruslah membersihkan wajah anda dengan facial wash, bagi menanggalkan kesan minyak pada wajah anda.

Petroleum Jelly

Sudah sedia maklum, petroleum jelly ini sangat baik digunakan dalam membersihakan sisamakeup yang ada di wajah, terutamnya di kawasan mata. Bukan itu sahaja, ianya berguna juga untuk memperbaiki masalah bahagian kulit wajah yang terasa kasar, selalunya digunakan pada bahagian bibir.

Moga-moga perkongsian ini dapat membantu anda dalam proses membersihkan wajah dari kesan alat solek. Selepas ini, bolehlah jimatkan perbelanjaan untuk membeli make-up remover yang mahal, sebab dah boleh menggunakan bahan semula jadi yang lagi baik untuk wajah anda.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

Comments are closed.