Hujung minggu adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh Abang Nara. Inilah masanya untuk Abang Nara spend time dengan family tercinta, pergi makan kat luar, bawak anak jalan-jalan dan bershopping barang dapur bersama wife.
Namun kadangkala tak semua yang kita rancang boleh dilaksanakan. Tup-tup anak demam jadi terpaksalah terperap di rumah je. Bila berada di rumah semata-mata, terasa lambat masa berlalu. Kebosanan mula menyelimuti diri. Jadi ini yang Abang Nara lakukan untuk menghilangkan kebosanan di hujung minggu.
1.Main game online bersama Aariz
Aariz sekarang dah hampir 5 tahun. Salah satu hobi dia ialah main game online dan tengok YouTube. Boleh tahan juga kehebatan Aariz bermain game online terutamanya game racing kereta. Kagum Abang Nara dibuatnya. Jadi Abang Nara akan ambil 2 biji bantal, kami bersama-sama akan baring dan main bersama-sama. seronok juga sekali-sekala bergelak ketawa melihat gaya serius Aariz bermain game.
2.Stream video Facebook dan update status sebanyak mungkin
Sekarang ini Abang Nara tengah gila layan lawak-lawak Harith Iskander di Facebook. Amboi kelakar sungguh. Itu belum kira video-video viral yang bersepah di Facebook. Semuanya Abang Nara layan sampai lebam di hujung minggu. Tak yah risau bab data tak cukup sebab Abang Nara menggunakan plan postpaid terbaru Digi yang memberikan UNLIMITED 4G INTERNET di hujung minggu. Klik je butang play tanpa sebarang rasa gementar. Unlimited beb!!! Bulan-bulan kena bayar RM110 sahaja.
3. Layan YouTube sambil makan kuaci
Disebabkan Abang Nara dah ada unlimited 4G Internet di hujung minggu bersama Digi, satu lagi aktiviti yang sering Abang Nara lakukan ialah mainkan video YouTube di televisyen. Lepas tue semua anak beranak terbaring layan YouTube. Best sangat-sangat. Tapi Abang Nara ngan wife terpaksa menadah mata menonton kartun-kartun kegemaran anak-anak. Demi anak-anak tercinta, semua pun sanggup kita lakukan. Iyer tak?
P.S: Selain itu untuk plan RM110 sebulan dari Digi ini, Abang Nara juga dapat unlimited calls ke semua network, kuota internet 25GB setiap bulan (tak termasuk weekend), boleh internet rollover 3GB ke bulan seterusnya setiap bulan, dan yang tak kurang bestnya, free roaming di 5 buah negara (Myanmar, Thailand, Indonesia, Brunei, Singapore). Sesuai sangat kalau anda jenis selalu travel. Klik sini untuk maklumat lanjut.
4. Download movie dan lagu dengan penuh ketenangan
Uish lagu nie best jugak, lagu tue best juga, movie nie tak tengok lagi, argh video nie tak habis tengok ari tue. Tak perlu nak gelabah buat kira-kira cukup ke tak data untuk download semua lagu dan movie feveret, tekan je download all. Kata hujung minggu unlimited 4G data dengan Digi? Keep calm and go on downloading!!!
Banyak lagi lah aktiviti-aktiviti hujung minggu yang Abang Nara lakukan di hujung minggu untuk mengelakkan kebosanan. Korang pun mesti ada akvititi korang yang tersendiri kan? Apa kata kongsikan di ruangan komen? Dan jangan lupa cekidaut laman web Digi dekat http://bit.ly/2h4Tvwj untuk mengetahui lebih lanjut tentang plan terbaru postpaid mereka. Selamat mencuba!!