3CE, ETUDE & Banyak Lagi Jenama Kosmetik Terkenal Dah Masuk Watsons! Jom Pergi Sekarang!

Branded

3CE, ETUDE & Banyak Lagi Jenama Kosmetik Terkenal Dah Masuk Watsons! Jom Pergi Sekarang!

Perhatian kepada wanita di luar sana, jom serbu Watsons sekarang sebab ada banyak jenama kosmetik terkenal dah masuk Watsons.

Kalau nak tahu apakah antara jenama kosmetik tersebut dan apakah antara produk yang tersedia di Watsons, jom kami kongsikan!

1. 3CE

Kalau anda memang meminati jenama kosmetik daripada Korea, mesti pernah dengar jenama 3CE kan? Jenama ini memang cukup terkenal dengan pilihan warna unik, terutama warna tona tanah.

Haa, sekarang ini, anda boleh dapatkan barangan kosmetik jenama di Watsons berdekatan tau! Jom tengok antara produk yang tersedia di Watsons.

Multi-Eye Color Palette

Pembayang mata Multi-Eye Color Palette ini mempunyai sembilan pilihan warna yang mudah untuk diratakan dan memberikan hasil warna yang lembut dan sekata, tanpa meninggalkan garis pada kelopak mata.

Selain itu, formulanya yang lembut dan fleksibel akan meningkatkan kilauan pada mata, menjadikannya tampak lebih menarik.

Blur Water Tint

3CE Blur Water Tint hadir dengan tekstur gel berair unik yang mana apabila digunakan pada bibir, ia akan terasa ringan dan kemudian menghasilkan hasil akhir yang menyerupai bedak di permukaan bibir.

Produk ini juga diformulasikan dengan gel primer ringan yang membantu menciptakan tampilan bibir yang kabur, halus, dan lembut. Paling penting, ia tidak rasa melekit dan mampu bertahan lama.

Face Blush

Nak cari pemerah pipi yang pigmented? Beli saja Face Blush, ia bukan saja pigmented, malah mempunyai warna lembut sesuai untuk pelbagai jenis warna kulit.

Menariknya, warna pemerah pipi yang lut sinar ini memberikan rona lembut dan jelas pada pipi serta menonjolkan kecantikan warna kulit asli.

Velvet Lip Tint

Velvet Lip tint ini beri warna natural dan hasil akhir baldu pada bibir dengan teksturnya seperti sherbet dan cair, menjadikan ia sekata, lembut macam baldu.

Lip tint ini juga mampu bertahan lama serta pigmennya meresap, menyebabkan warna tak cepat pudar.

Cashmere Hug Lipstick

Cashmere Hug Lipstick ini mampu memberikan hasil akhir lembut macam kabus, rasa seperti sentuhan cashmere pada bibir anda.

Menariknya, ia mempunyai tekstur licin dan sangat lembut apabila dipakai, selesa macam sentuhan cashmere. Barulah selesa untuk dipakai sepanjang hari dan bibir takkan rasa kering atau tak selesa.

2. Time Phoria

Kalau anda suka dengan konsep futuristik, Time Phoria adalah jenama kosmetik yang tepat untuk anda!

Menariknya, jenama ini menghasilkan barangan kosmetik dengan gabungan teknologi sains, dan gaya unik inspirasi daripada alam semesta. Ini antara alat solek keluaran Time Phoria yang boleh didapati di Watsons berdekatan.

Stellar Dust Lip Stain

Untuk anda yang tengah mencari lip stain yang warnanya pekat, tapi ringan dan selesa di bibir, anda memang kena dapatkan Stellar Dust Lip Stain.

Warnanya yang cukup terang ini mampu bertahan berjam-jam tanpa membuatkan bibir rasa berat atau tak selesa. Jadi, lepas ini, anda dah tak perlu nak tambah-tambah lagi lepas makan, minum, atau keluar jalan. Best kan?

Paling penting, Stellar Dust Lip Stain ni akan memastikan bibir anda kekal lembut, licin, dan sejuk!

Nebula Velvet Lip Cream

Selain Stellar Dust Lip Stain, jangan lupa untuk ikuti trend terkini dengan Time Phoria Nebula Velvet Lip Cream yang sangat lembut dan tampak mewah pada bibir.

Apa yang best dengan Nebula Velvet Lip Cream ini adalah ia akan membuatkan bibir anda terasa seperti baldu dan memberikan warna yang cantik serta terang dengan hanya sekali sapuan. Menarikkan?

Ia juga tahan lama, tidak mudah hilang, dan tidak mengeringkan bibir anda, jadi jangan risau okay?

Timeless Lumina Matte Perfection Cushion

Kalau anda ingin tampil dengan kulit yang licin dan sempurna, jangan lupa untuk dapatkan Timeless Lumina Matte Perfection Cushion tau.

Kusyen liputan penuh ini mempunyai hasil matte seperti baldu dan ia mampu untuk bertahan lama, mengawal minyak berlebihan, dan membuat wajah anda tidak berkilat sepanjang hari!

3. Amuse

Nak menggunakan produk diperbuat daripada vegan? Dapatkan AMUSE di Watsons sekarang!

Kalau anda nak tahu, AMUSE telah disahkan oleh EVE VEGAN Perancis, bagi tujuan untuk kelestarian harian dan bukanlah sekadar trend semata. Paling penting, ia menawarkan variasi pilihan kosmetik yang pastinya akan membuatkan anda kelihatan cantik.

Ring Lip Balm

Lepas ni dah tak perlu susah-susah cari lip balm dalam beg sebab AMUSE Ring Lip Balm ini mempunyai rekaan seperti cincin dan anda boleh memakainya sebagai aksesori tau!

Menariknya, lip balm ini mempunyai tekstur yang berkilau, variasi warna menawan serta berfungsi sebagai penjagaan bibir.

Tint Balm Keyring

Selain rekaan unik cincin, AMUSE juga menawarkan siri Tint Balm Keyring, yang mana anda boleh menyangkut lip balm anda pada beg tanpa risau ia hilang tau!

Tint Balm Keyring ini mempunyai dua jenis iaitu:

CARE: lip balm ini menawarkan nutrisi serta rawatan yang menenangkan, serta hidrasi yang optimum.

TINT: lip balm berwarna yang memberikan kelembapan dan kilauan yang menawan.

Cheek Tok Tok

AMUSE Cheek Tok Tok adalah pemerah pipi dengan tekstur velvet ink yang unik. Dengan sentuhan ringan, produk ini memberikan hasil akhir soft matte yang cantik dalam masa sama menjaga kelembapan kulit pipi.

Paling penting, ia telah diuji secara klinikal untuk membantu mengawal minyak berlebihan dan memastikan warna tetap tahan lama, serta bertahan sehingga 12 jam.

Dew Power Vegan Cushion

AMUSE Dew Power Vegan Cushion ini dapat memberikan liputan penuh dan membantu kulit wajah anda kelihatan lebih cerah, halus, dan tanpa cela dengan kilauan semula jadi.

Bukan itu saja, kusyen ini juga boleh tahan lama serta mampu menutupi pori-pori tanpa membuat warna kulit jadi gelap, serta melembapkan kulit tanpa membuatkan ia kering, sesuai untuk kulit sensitif dan memberikan rasa dingin yang menyegarkan.

Dew Tint

Kalau anda tengah mencari lip tint yang bagus dan mempunyai pelbagai pilihan warna, AMUSE Dew Tint adalah pilihan terbaik sebab ia mempunyai warna lembut seperti bunga, sesuai untuk semua warna kulit.

Menariknya, AMUSE Dew Tint ini sangat segar dan melembapkan bibir kerana ia mempunyai 35% air dan teksturnya sangat ringan, menghasilkan kilauan menawan pada bibir.

4. Elianto

Tipulah kalau anda tak pernah dengar jenama kosmetik terkenal Elianto ni kan? Sekarang ni, produk kosmetik Elianto dah ada di Watsons berdekatan tau dan ini antara produk yang anda boleh dapatkan.

Perfumed Body Mist

Perfumed Body Mist ni dah memang selalu menjadi rebutan ramai sebab ia mempunyai pelbagai jenis haruman, dari buah hingga bunga.

Dengan saiznya yang kecil akan lebih mudah untuk dibawa ke mana saja dan boleh disembur pada rambut, pergelangan tangan, leher, belakang telinga, atau badan pada bila-bila masa.

4 Color Eye Shadow Palette

Selain itu, di Watsons, anda juga boleh dapatkan 4 Color Eye Shadow Palette iaitu Chocolate Chip, Cherry Kiss, dan Peachy Pie, yang sesuai untuk membuat mata anda tampak cantik.

Dengan palet ini, ia boleh mencerahkan dan membentuk mata anda dengan mudah kerana ia mempunyai tekstur halus, membuatkan ia senang untuk diratakan pada kelopak mata bagi menghasilkan rupa yang natural atau bold.

Skintint Liquid Foundation

Untuk anda yang inginkan kulit yang tegang, Elianto Skintint Liquid Foundation adalah pilihan yang sesuai sebab ia dapat membuatkan kulit anda menjadi tegang selama 24 jam, hasil daripada kesan peptida, serta memberikan liputan ringan hingga sederhana kepada kulit anda.

Velvet Matte Compact Powder

Siapa yang tengah mencari compact powder yang boleh serap minyak, pastikan anda dapatkan Elianto Velvet Matte Compact Powder sebab ia diformulasikan khas untuk menyerap minyak

Bukan itu saja, dengan teksturnya yang lembut, ringan dan halus, ia tidak akan dapat menyumbat pori-pori serta tidak membuatkan solekan anda bercapuk. Paling penting, compact powder ini sesuai untuk semua jenis kulit, termasuk kulit sensitif.

Sundae Lip Cream

Kalau anda masuk Watsons, pastikan anda dapatkan Elianto Sundae Lip Cream sebab ia mempunyai tekstur yang lembut dan melembapkan.

Krim bibir ini juga mudah untuk disapu, memberikan hasil akhir matte yang lembut dengan warna yang menarik. Paling penting, warnanya tahan lama dan tidak mudah comot.

5. ETUDE

Selain 3CE, anda juga boleh dapatkan produk kosmetik ETUDE di Watsons.

ETUDE yang cukup terkenal dengan warna yang pelbagai serta sangat inovatif dalam menghasilkan rupa yang ceria merah jambu, sesuai sangat untuk wanita di luar sana. Ini antara produk yang anda boleh dapatkan di Watsons.

MBTEye Palette (My Best Tone Eye Palettes)

– I Love Me

Ingin tampil feminin dengan mudah? Palet “I Love Me” hadir dengan pilihan warna pink romantis yang akan mengubah gaya biasa anda menjadi lebih menawan hanya dengan satu palet solekan.

– Everyone’s Ideal Type

Manakala, palet “Everyone’s Ideal Type” menawarkan keindahan warna-warni yang memukau untuk mata anda dengan pelbagai pilihan tekstur dan warna yang sempurna!

Heartpop Blusher

– Super Sunset

Seperti cahaya matahari yang memukau, blusher Super Sunset menawarkan tona musim bunga yang hangat dengan warna lembut, membuatkan anda tampak segar berseri.

– Squeeze Berry

Kalau anda suka dengan look dreamy, pastikan anda dapatkan Squeeze Berry sebab ia menampilkan warna seperti susu strawberi dengan titisan biru.

Over Glowy Tint

Untuk anda yang suka tampil dengan bibir yang berkilat, dapatkan Etude Over Glowy Tint, yang mana ia ,menawarkan lebih daripada sekadar kilauan biasa dan memberikan warna musim luruh yang lembut.

Tidak mengeringkan, Etude Over Glowy Tint juga memberikan kelembapan seperti oasis pada bibir anda.

Fuhh, banyak kan jenama-jenama kosmetik terkenal yang dah tersedia di Watsons. Jadi, anda tunggu apa lagi? Jom ajak adik, kakak, mak dan kawan-kawan untuk serbu Watsons berdekatan sekarang atau dapatkan saja secara atas talian di Watsons.

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi Watsons, atau ikuti media sosial di Facebook, Instagram dan TikTok.

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...