3A Dan 3B Ditetapkan Sebagai Syarat Baru Minimum Untuk Masuk Ke SBP

Trending

3A Dan 3B Ditetapkan Sebagai Syarat Baru Minimum Untuk Masuk Ke SBP

Kementerian Pendidikan hari ini telah menetapkan syarat baru bagi kemasukan pelajar ke tingkatan satu Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada 3A dan 3B dalam ujian UPSR pada tahun depan.

Advertisement

Ketua Pengarah, Tan Sri Dr. Khair Mohamed Yusof berkata, perubahan syarat itu dibuat berdasarkan pelaksanaan kurikulum dan format peperiksaan baharu bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016.

“Bagaimanapun, kedudukan pemilihan dan penetapan murid di SBP tidak bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata kerana kita juga akan mengambil kira skor merit akademik serta Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

“Malah, pentaksiran sekolah dan pentaksiran psikometrik juga akan dijadikan sebagai rujukan utama dalam saringan pemilihan murid ke SBP,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Kementerian Pendidikan dan Microsoft Malaysia (Microsoft), di sini hari ini.

Sumber: BH Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...