Kejayaan drama bersiri Juvana yang mendapat perhatian dan sambutan hebat di hati penonton sehingga berjaya mencipta rating yang tinggi di TV3 mencetus fenomena tersendiri. Ekoran kejayaan tersebut, bermula hari ini, sebuah filem dengan tajuk yang sama boleh mula ditonton di pawagam-pawagam seluruh Malaysia.
Filem Juvana merupakan kesinambungan daripada drama siri Juvana yang memaparkan kisah Daim, Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang setelah Wira Bakti ditutup. Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan baru dan menyambung persekolahannya. Namun sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.
Botak, Apek, Ayam, Kicap, Komeng dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah juvana yang lain iaitu Sekolah Indera Sakti untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak ( Sharnaaz Ahmad) , ketua samseng sekolah itu hingga mencabar semangat setia-kawan di antara mereka.
Tengok trailer pun nampak boleh tahan hebatnya filem Juvana ini.
Daripada yang dibaca di Twitter, rata-rata mereka yang sudah pergi menonton, ternyata berpuas hati dengan mutu keseluruhan filem ini. Malah ada yang memuji babak aksi yang ditunjukkan sangat-sangat real. Abang Nara masih tak sempat tonton tapi jika ada kelapangan mungkin akan pergi ketika cuti Thaipusam kelak.
36 lagi gambar Juvana The Movie dengan membaca entri ini sepenuhnya.