Semalam telah diadakan sambutan hari lahir suami Rozita Che Wan iaitu Zain Saidin yang ke-32 bertemakan koboi. Muda lagi rupanya Zain Saidin. Lagi muda daripada Abang Nara. Majlis yang berlangsung meriah di Pampas Grill & Bar, Kuala Lumpur itu telah dihadiri oleh keluarga dan juga teman rapat. Seronok tengok kemeriahan dan kemesraan yang jelas terpancar antara tetamu yang hadir.
Sudah pasti yang paling mencuri perhatian ialah Aaisyah Dhia Rana. Comel sangat budak sorang nie. Semoga Zain Saidin dan Che Ta dimurahkan rezeki untuk menimang seorang lagi cahaya mata. Kali ini mana tahu ada rezeki dapat baby boy pulak kan?
Selamat hari jadi diucapkan kepada Zain Saidin. Semoga makin murah rezeki, panjang usia dan sentiasa bahagia di samping keluarga tercinta. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.