Agak pelik juga apabila perkahwinan Puteri Chichi @ Puteri Fateen Nasuha dan Nazir Azmar ini kurang mendapat liputan luas pihak media. Bagi Abang Nara, Puteri Chichi adalah salah seorang pelakon yang bagus, jarang dihinggapi kontroversi dan fokus pada kerjayanya. Mungkin kerana kekurangan “cerita panas” menyebabkan pihak media pandang sebelah mata akan berita perkahwinan pelakon ini.
Abang Nara pasti banyak peminat di luar sana yang ternanti-nanti gambar sekitar hari pernikahan Puteri Chichi yang cantik molek ini. Terima kasih kepada jurugambar rasmi majlis mereka iaitu Alanku Studio, kini anda boleh menatap wajah kegembiraan Puteri Chichi dan Nazir Azmar apabila disahkan sebagai suami isteri.
Wang hantaran sebanyak RM15,000 dan mas kahwin sebanyak RM12,000 telah dihantar oleh pengantin lelaki. Sementara dulang hantaran yang dihantar ialah 5 berbalas 7. Baju pernikahan mereka telah direka oleh Mr. Sebastian Azlie daripada Casa Ombak dengan makeup oleh Aboi. Jurugambar dan juruvideo rasmi ialah Alanku Studio.
Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan Puteri Chichi dan Nazir Azmar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.