Wanita pelik yang menggayakan ‘rekaannya’ di Twitter versi China, iaitu Sina Weibo kini kembali dengan fesyen peliknya. Menggelar dirinya ‘pari-pari fesyen’, wanita ini telah sudi mengongsikan hasil rekaannya yang terbaru dengan pengguna Internet.
Siapakah sebenarnya wanita ini?
Namanya ialah Shou Ying Wang, 24, dari wilayah Shandong di timur China. Dalam temuramah dengan satu rangkaian televisyen, Wang memberitahu bahawa tiada siapa di kampungnya merasakan rekaanya menarik. Tetapi Wang berkata apa yang kelihatan kelakar hari ini mungkin akan menjadi trend fesyen di masa depan.
Wang memahami bahawa bukan semua orang akan suka dengan rekaannya. Namun begitu, Wang gemar mereka fesyen dan berharap suatu hari nanti dia akan mengumpul wang yang mencukupi untuk mengeluarkan rangkaian fesyen dari jenamanya sediri. Komen negatif tidak akan menghalang dia dari mencapai apa yang diimpikan.
Lagi 37 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Imej: Weibo (1, 2)