August 13th, 2013

Bagi peminat industri hiburan Korea Selatan di seluruh dunia, nama Lee Byung Hun bukan nama yang asing. Diangkat sebagai pelakon lelaki yang menerima bayaran termahal di Korea Selatan, Byung Hun juga semakin dikenali di barat kerana pembabitannya dalam filem-filem Hollywood seperti GI Joe: Retaliation dan Red 2. Byung Hun bukan saja boleh melakukan babak aksi, malah dia ialah seorang pelakon karakter yang bagus melalui filem-filem seperti I Saw the Devil dan Joint Security Area (JSA) serta drama Hallyu seperti IRIS dan All In.



Sabtu lepas, pada usia 43 tahun, pelakon ini telah berkahwin dengan rakan seindustri iaitu pelakon jelita, Lee Min Jung, 32. Perkahwinan yang berlangsung di Hotel Grand Hyatt, Busan ini diiktiraf oleh pihak media sebagai ‘perkahwinan abad ini’ kerana kehadiran peminat dan juga bintang-bintang terkenal Korea Selatan untuk meraikan hari bersejarah mereka.




Antara yang hadir dengan pasangan masing-masing ialah Jang Dong Gun, Kwon Sang Woo, Lee Bum Soo, Yu Ji Tae, Jun Joong Ho dan Jeon Hye Jin. Manakala bintang lain yang turut hadir ialah Choi Ji Woo, Kim Min Jong, Kim Soo Ro, Kim Tae Hee, Song Seong Hyeon, Jung Woo Sung, Shin Hyun Jun dan ramai lagi.

Menurut Byung Hun, dia memilih Min Jung kerana sukakan cara wanita itu berfikir. Pasangan ini telah bertolak ke Maldives semalam untuk berbulan madu.

Lagi 33 gambar dari majlis perlahwinan Lee Byung Hun dan Lee Min Jung dengan membaca entri ini sepenuhnya.


































Comments are closed.

Loading...