Majlis pernikahan Eina Azman dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet telah pun berlangsung pada 31 Ogos 2014 yang lalu. Namun, majlis resepsi mereka berdua telah dilangsungkan semalam, kira-kira 6 bulan selepas bergelar suami isteri. Walaupun boleh dikatakan agak terlewat, kemeriahan majlis persandingan yang berlangsung di Hotel Istana, Kuala Lumpur tetap jelas terserlah. Eina dan suami memang sama cantik dan sama padan.
Antara rakan-rakan selebriti yang telah hadir ialah Fasha Sandha, Erin Malek, Zizan Razak, Emma Maembong dan ramai lagi. Jutaan tahniah diucapkan kepada Eina dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet atas majlis yang gilang gemilang. Semoga ia menjadi kenangan terindah buat anda berdua.
Lagi 35 gambar sekitar majlis persandingan pasangan merpati 2 sejoli ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi.