Berasa Syak Dan Rasa Diperhambakan Dalam Karier Anda? Ikuti Penjelasan Penulis Veteran Ini – “Berhenti Kerja, Cari Kerja Lain”

Kehidupan

Berasa Syak Dan Rasa Diperhambakan Dalam Karier Anda? Ikuti Penjelasan Penulis Veteran Ini – “Berhenti Kerja, Cari Kerja Lain”

Dalam dunia moden, kerja bukan sekadar mencari rezeki tetapi juga satu bentuk ibadah dan sumbangan kepada masyarakat. Namun, ada yang bekerja dalam keadaan ragu dan rasa tidak dihargai, hingga menjejaskan keberkatan.

Jika keadaan ini dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keberkatan dalam pekerjaan. Isu ini dibangkitkan semula oleh seorang pengguna TikTok yang merujuk pandangan ulama berkenaan hukum bekerja dalam keadaan syak.

Advertisement

Dalam satu perkongsian di TikTok, penulis veteran Zainal Rashid Ahmad menyuarakan pandangan mengenai keraguan terhadap tempat kerja.

Menurutnya, apabila seseorang mula merasa dirinya dipergunakan, tidak dihargai atau diperhambakan oleh majikan, itu menandakan wujudnya perasaan syak.

Bersandarkan kepada pandangan dua tokoh ulama besar, Imam Ghazali dan Imam Syafie, beliau menjelaskan bahawa jika timbul keraguan terhadap keadilan atau ketelusan tempat kerja, adalah lebih baik untuk berhenti.

kerja syak berhenti kerja

Katanya, bekerja sembilan jam sehari seharusnya boleh menjadi satu ibadah, tetapi jika dilakukan dalam keadaan hati yang ragu, bukan sahaja merosakkan jiwa, malah menghilangkan ganjaran ibadah itu sendiri.

Kalau kita rasa kerja ni kita dipergunakan, kita ada syak, maka yang terbaik berhenti cari kerja lain. Selagi tak ada pilihan kerja lain, kena buang syak tu sebab gaji kita tak boleh ambil dalam keadaan syak.

Beliau menambah bahawa Imam Ghazali dan Imam Syafie amat menitikberatkan soal ini kerana hanya pekerjaan yang bebas daripada keraguan dapat dianggap sebagai ibadah sebenar.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dan berkongsi pengalaman serupa, namun mengakui sukar menukar kerja kerana komitmen kewangan. Ada juga yang keliru dan mempertikai pandangan tersebut, menyatakan syak terhadap kerja dan gaji bukan penentu mutlak kecuali jika jelas melibatkan perkara haram.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

flat colombia cop parking
24 hours ago

“Jenis Tak Sedar Diri Miskin" – Kereta Diconteng, Cermin Dikepak Sebab Parkir Tempat Orang ‘Cop’ Di Flat Colombia Keramat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...