Kerajaan Sarawak kini menawarkan inisiatif ‘Sarawak Free Laptop’, sebuah program yang memberikan komputer riba percuma kepada pelajar yang layak, sebagai usaha menyokong pembelajaran anak-anak Sarawak yang menyambung pengajian di peringkat tinggi.
Program ini dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Sarawak dan menyasarkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) atau swasta (IPTS).
Di bawah program ini, setiap anak Sarawak yang:
1. Melanjutkan pelajaran di IPTA atau IPTS secara sepenuh masa
2. Berada dalam tahun pertama pengajian (peringkat Diploma atau Ijazah)
3. Mempunyai pendapatan per kapita keluarga RM1,500 ke bawah
Salah satu rakan strategik dalam pelaksanaan program ini ialah Switch, reseller premium produk Apple di Malaysia. Menerusi program ini, pelajar boleh menebus MacBook Air atau MacBook Pro secara percuma di cawangan Switch terpilih di Sarawak.
Menurut perkongsian Switch di Facebook, proses penebusan MacBook percuma ini boleh dilakukan melalui aplikasi Sarawak Pay (S Pay Global) dengan langkah berikut:
1. Buka aplikasi Sarawak Pay (S Pay Global) di telefon bimbit anda.
2. Kunjungi mana-mana cawangan Switch yang mengambil bahagian di Sarawak.
3. Ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan proses penebusan.
4. Ambil komputer riba percuma anda, semudah itu!
Switch turut memaklumkan bahawa penebusan hanya sah selagi stok masih ada, dan tertakluk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.