3,570 Penduduk Di Kluang Diarah “Berkurung” Di Rumah Selama 14 Hari Berkuat kuasa Tengah Malam Ini

Trending

3,570 Penduduk Di Kluang Diarah “Berkurung” Di Rumah Selama 14 Hari Berkuat kuasa Tengah Malam Ini

Kerajaan membuat keputusan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai tengah malam ini di dua kawasan penduduk di Simpang Renggam, Johor selepas 61 penduduknya dikesan positif COVID-19.

Dua kawasan itu ialah Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang.

Menurut kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan itu dibuat atas nasihat Menteri Kesihatan susulan jumlah jangkitan positif COVID-19 tertinggi di dua kawasan tersebut.

Advertisement

perintah berkurung simpang renggam

Secara puratanya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 83 kes positif COVID-19 di Kluang dan daripada jumlah itu, 61 kes adalah dari dua kawasan perumahan yang dinyatakan.

Perintah PKPD itu akan berkuatkuasa bermula tengah malam ini iaitu Khamis (27 Mac) sehingga 9 April depan melibatkan 3,570 penduduk tempatan daripada 650 buah keluarga.

Susulan pelaksaan PKPD, berikut adalah  arahan yang perlu dipatuhi :-

– Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

– Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.

– Semua aktiviti perniagaan dihentikan.

– Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

– Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.

– Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.

– Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.

– Bagi pelaksanaan perintah ini, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas-petugas dari KKM serta mematuhi semua arahan pihak berkuasa.

Penduduk yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian khas 07-7735224 / 07-7722434.

Sumber Berita : BH ONLINE

Kredit Foto : The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...