3,500 Pekerja Uber Diberhentikan Kerja Dalam Panggilan Zoom Selama Tiga Minit

Trending

3,500 Pekerja Uber Diberhentikan Kerja Dalam Panggilan Zoom Selama Tiga Minit

Gara-gara pandemik COVID-19 yang melanda dunia, syarikat Uber terpaksa membuang ribuan pekerja di bahagian perkhidmatan pelanggan dan pengambilan pekerja kerana kekurangan kerja. Seramai 3,500 pekerja dimaklumkan notis hari terakhir mereka bekerja menerusi panggilan video.

Ruffin Chaveleau, Ketua di Perkhidmatan Pelanggan Uber bertanggungjawab menyampaikan berita menyedihkan itu kepada para pekerja yang terlibat.

Advertisement

“Perniagaan kita merosot lebih daripada separuh. Tidak banyak kerja untuk pekerja perkhidmatan pelanggan. Akibatnya kami terpaksa membuang 3,500 peranan perkhidmatan pelanggan,” katanya menerusi panggilan tersebut.

uber“Peranan anda terkesan dan hari ini akan menjadi hari bekerja terakhir anda dengan Uber. Anda akan kekal dalam senarai gaji sehingga tarikh yang dinyatakan dalam pakej pemberhentian anda.”

Ruffin Chaveleau di dalam panggilan video itu kelihatan turut sedih apabila suaranya juga kedengaran berbeza ketika dia memberitahu para pekerja bahawa ‘tidak ada orang yang ingin melakukan panggilan seperti ini’.

“Saya tahu bahawa ini sangat sukar didengar. Tidak ada yang mahu melakukan panggilan seperti ini.” 

Dengan semua perubahan besar ini, kami harus melakukan ini dengan cara yang membolehkan kami memberitahu anda secepat mungkin agar anda tidak mendengarnya dari khabar angin.”

Menerusi panggilan video itu juga, dia mengucapkan terima kasih kepada para pekerja sepanjang perkhidmatan mereka di Uber. Untuk makluman, ini bukanlah kali pertama Ruffin Chaveleau melakukan panggilan video seperti ini. Sebelum ini juga, dia bertanggungjawab memberitahu 80 pekerja yang dibuang kerja di Los Angeles.

Eksekutif itu perlu memaklumkan 80 pekerja di Los Angeles mengenai penutupan bahagian perkhidmatan pelanggan di sana. Uber antara perniagaan yang terkesan teruk dengan wabak ini dan mendedahkan sekitar 3,700 jawatan dipotong dari tenaga kerja globalnya – kira-kira 14% daripada 26,900 pekerjanya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...