January 18th, 2016

Sah bergelar suami isteri pada 25 December 2015, Nabila Huda dan suaminya Mohd Izwan Johar diraikan menerusi majlis resepsi perkahwinan mereka yang diadakan di rumah Amy Search terletak di Shah Alam.

Bertemakan Melayu Klasik, nyata Nabila Huda dan suami tampak cukup segak dan anggun dalam busana yang cukup ringkas dan berwarna serba hijau.

Antara rakan artis yang turut hadir memeriahkan majlis tersebut adalah  Sharifah Sakinah, Ryzal Jaafar, Uqasha Senrose, Yana Samsudin dan ramai lagi.

Tahniah kami ucapkan sekali lagi buat Nabila dan pasangan, semoga perkahwinan mereka kekal sehingga akhir hayat.

Jom layan dulu beberapa lagi foto sekitar majlis resepsi perkahwinan mereka dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sumber Foto: teddyfilm.co


Comments are closed.

Loading...