Kerajaan Menyimpan RM12.8 Bilion Wang Tak Dituntut Milik Awam, Ini Cara Untuk Anda Membuat Permohonan WTD

Berita

Kerajaan Menyimpan RM12.8 Bilion Wang Tak Dituntut Milik Awam, Ini Cara Untuk Anda Membuat Permohonan WTD

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan memaklumkan bahawa RM12.8 bilion Wang Tidak Dituntut (WTD) milik awam direkodkan sehingga Oktober lalu, daripada jumlah keseluruhan RM17 bilion yang diserah oleh syarikat dan firma, memetik laporan Berita Harian.

Sehingga tempoh 31 Oktober lalu, jumlah keseluruhan WTD yang diserah oleh syarikat dan firma adalah berjumlah RM17 bilion.

Advertisement

Amir hamzah wang tak dituntut

Jumlah bayaran balik WTD kepada empunya yang berhak adalah RM4.2 bilion menjadikan baki WTD sehingga 31 Oktober lalu berjumlah RM12.8 bilion.

Sejak 2022, Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah membuka 184 reruai di seluruh negara untuk meningkatkan kesedaran dan menggalakkan orang awam menuntut WTD.

WTD

Mengenai cadangan Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali untuk menggunakan data terkini Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mengesan pemilik atau waris dan memindahkan WTD secara automatik ke akaun mereka, Amir Hamzah berkata perkara ini akan diteliti.

Bagi anda yang ingin membuat permohonan WTD, berikut di bawah adalah cara mengikut Seksyen 13(1), Akta WTD 1965.

1. Apabila Pendaftar WTD berpuashati bahawa pemohon adalah empunya yang sah, Pendaftar akan membayar kepada pemohon WTD dari Akaun Amanah Disatukan atau Akaun Hasil Disatukan.

2. Pemohon perlu menyakinkan Pendaftar WTD bahawa beliau adalah empunya sah atau mempunyai hak di sisi undang-undang ke atas WTD tersebut.

3. Tiada tempoh masa yang dihadkan bagi permohonan tuntutan WTD.

4. Pendaftar WTD telah menetapkan garis panduan permohonan tuntutan WTD dengan menyenaraikan dokumen yang perlu dikemukakan semasa membuat tuntutan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

berjaya food rugi 33.68 juta
3 days ago

“Siapa Kata Boikot Tak Bagi Impak...”- Berjaya Food Bhd Rekodkan Kerugian RM33.68 Juta Gara-Gara Kempen Boikot Starbucks

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...