(34 GAMBAR)Koleksi Gambar Yang Paling Mengesankan

Trending

(34 GAMBAR)Koleksi Gambar Yang Paling Mengesankan

1.PhotobucketSeorang lelaki menangis sewaktu membelek album keluarga yang ditemui di sebalik sisa kemusnahan rumahnya selepas satu gempa bumi di Sichuan.

2.PhotobucketSeekor anjing yang duduk di sebelah kubur tuannya untuk hari kedua berturut-turut  selepas tuannya mati dalam kejadian tanah runtuh berdekatan Rio De Janeiro 15 Januari lepas. Lagi 32 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Advertisement

***

3.PhotobucketPele dan kapten bolasepak Britain Bobby Moore bertukar jersi pada tahun 1970 sebagai tanda hormat sewaktu pertandingan Piala Dunia yang dicemari sentimen perkauman.

4.PhotobucketTanisha Belvin, 5, memegang tangan seorang lagi mangsa taufan Katrina iaitu Nita LaGarde, 105, sewaktu mereka berdua dipindahkan dari sebuah pusat persidangan di New Orleans.

5.PhotobucketHorace Greasley  dengan berani berdepan dengan Heinrich Himmler sewaktu pemeriksaan dalam sebuah kem tahanan. Greasley juga terkenal kerana berjaya melepaskan diri dari kem tahanan tersebut dan menyelinap masuk lebih dari 200 kali semula ke dalam kem untuk bertemu dengan seorang gadis Jerman yang merupakan kekasihnya.

6.PhotobucketSeorang banduan Perang Dunia Kedua, dilepaskan dari tahanan oleh Soviet Union dan disatukan semula dengan anak perempuannya. Kanak-kanak itu tidak berjumpa dengan bapanya sejak berusia setahun.

7.
Photobucket
Orang beragama Kristian melindungi orang Islam yang sedang bersembahyang sewaktu rusuhan di Kaherah, Mesir pada tahun 2011.

8.PhotobucketChristian Golczynski yang berusia lapan tahun menerima bendera bagi pihak bapanya Staf Marin Marc Golczynski dalam satu upacara penghormatan terakhir. Marc ditembak mati semasa melakukan rondaan (dimana dia menawarkan khidmatnya secara sukarela) di Iraq hanya beberapa minggu sebelum dijadualkan pulang ke Amerika.

9.

PhotobucketSeorang ibu menenangkan anak lelakinya di Concord, Alabama, berdekatan rumahnya yang musnah sepenuhnya oleh bencana taufan yang berlaku April 2011.

10.
PhotobucketJacqueline Kennedy memakai sut Chanel yang berwarna merah jambu, masih berlumuran darah suaminya, sewaktu Lyndon Johnson mengangkat sumpah di pejabat Air Force One.

Menurut Lady Bird Johnson, yang turut berada di situ sewaktu upacara tersebut:

Rambutnya hampir menutup muka tetapi dia nampak sangat tenang…saya memerhatikan dia waktu itu.  Salah satu kakinya berlumuran dengan darah manakala sarung tangannya pula basah — dengan darah suaminya. Pada masa itu saya rasakan itu satu pemandangan yang menyentuh hati–wanita yang cekal itu, berpakaian cantik, tapi berlumuran darah.

11.
PhotobucketGreg Cook memeluk anjingnya Coco selepas menemui binatang peliharaannya itu di sebalik kemusnahan rumahnya di Alabama akibat taufan pada Mac 2012.

12.PhotobucketFoto ikonik Lelaki Kereta Kebal, seorang pemberontak yang tidak dikenali yang berdiri dengan berani di hadapan beberapa buah kereta kebal China yang sedang mara sebagai satu tanda protes di Tiananmen Square pada tahun 1989.

13.
PhotobucketSatu lagi gambar yang baru didedahkan memaparkan insiden Lelaki Kereta Kebal, dari sudut yang berbeza, namun dari jarak yang lebih jauh. Lelaki Kereta Kebal boleh dilihat diantara pokok-pokok di bahagian kiri, manakala kereta kebal pula bergerak di bahagian kanan.

14.

PhotobucketSeorang tentera Pembebasan Rakyat berjaga sedia pada malam kemerdekaan Sudan Selatan dari negara Sudan.

15.

Photobucket

Tiga orang adik-beradik perempuan bergambar bersama dalam  tiga waktu yang berasingan, dalam jarak masa bertahun-tahun.

16.
PhotobucketPaderi tentera laut Luis Padilla membacakan resital terakhir untuk seorang tentera yang berada di ambang maut ditembak seorang penembak jarak jauh sewaktu pemberontakan di Venezuela.

17.

PhotobucketHarold Whittles mendengar buat kali pertama setelah seorang doktor memasangkan alat bantuan pendengaran di telinga kirinya.

18.PhotobucketBanduan berbangsa Yahudi di saat pembebasan mereka dari kem tahanan “keretapi maut” berdekatan Elbe pada tahun 1945.

19.
PhotobucketRobert Peraza terhenti seketika di nama anak lelakinya di Memorial 9/11 semasa upacara peringatan kesepuluh tahun di tapak Pusat Dangangan Dunia, New York.

20.
PhotobucketTerri Gurrola disatukan dengan anak perempuannya selepas berkhidmat di Iraq selama 7 bulan.

21.

PhotobucketPasukan tentera Amerika Syarikat bergerak ke pantai semasa pendaratan D-Day Normandy pada 6 Jun 1944.

22.PhotobucketAJAIB: Seorang bayi perempuan berusia 4 bulan dalam kostum beruang berwarna merah jambu diselamatkan dari sisa-sisa kemusnahan oleh pasukan tentera setelah hilang selama empat hari berikutan Tsunami Jepun tahun lepas.

23.
PhotobucketSeorang sami berdoa untuk seorang warga emas yang meninggal dunia secara tiba-tiba sewaktu menunggu keretapi di Shanxi Taiyuan, China.

24.
PhotobucketSeorang kanak-kanak perempuan Romania memberikan sebuah belon berbentuk hati kepada polis rusuhan semasa protes langkah penjimatan di Bucharest.

25.
Photobucket“La Jeune Fille a la Fleur,”, foto yang diambil oleh Marc Riboud, menunjukkan seorang pencinta kedamaian Jane Rose Kasmir meletakkan bunga pada bayonet pengawal-pengawal keselamatan di Pentagon semasa protes perang Vietnam pada 21 Oktober 1967. Foto ini kemudiannya menjadi simbol pada ‘pergerakan kuasa bunga-bungaan’.

26.
PhotobucketSalutasi Kuasa Kulit Hitam Olimpik 1968: Atlet Afrika-Amerika Tommie Smith dan John Carlos mengangkat tangan mereka sebagai tanda sepakat di sukan Olimpik tahun 1968. Pemenang pingat Perak, Peter Norman memakai lencana Projek Olimpik Untuk Hak Asasi Manusia sebagai sokongan pada protes mereka. Kedua-dua rakyat Amerika itu dibuang dari Sukan Olimpik sebagai hasilnya.

27.PhotobucketSeorang rakyat Perancis menangis kecewa di hari penaklukan tentera Nazi di Paris semasa Perang Dunia Kedua.

28.

PhotobucketSeorang anggota bomba memberikan seekor koala air minuman semasa kebakaran besar Black Saturday yang memusnahkan hutan di Victoria, Australia pada tahun 2009.

29.

Photobucket

Wartawan Euna Lee dan Laura Ling, yang ditahan di Korea Utara dan dihukum penjara 12 tahun kerja keras, bersatu dengan keluarga mereka di California selepas campurtangan diplomatik Amerika Syarikat.

30.

PhotobucketHelen Fisher mengucup kereta yang membawa mayat sepupunya yang berusia 20 tahun, Prebet Douglas Halliday, selepas mayat Douglas dan enam orang lagi anggota tentera yang meninggal dunia dibawa menerusi bandar Wootton Basset di England.

31.PhotobucketSeekor anjing ditemui semula oleh tuannya selepas Tsunami di Jepun pada tahun 2011.

32.PhotobucketSeorang veteran perang Rusia melutut di sebelah kereta kebal yang pernah digunakannya ketika perang, kini sebuah tugu.

33.
PhotobucketJohn F. Kennedy Jr., memberikan penghormatan terakhir buat bapanya yang mati ditembak oleh Lee Harvey Oswald.

34.
PhotobucketGambar bumi dari bulan yang diambil oleh angkasawan William Anders semasa misi Apollo 8 pada tahun 1968.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...