(34 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Perkahwinan Hafiz Suip

Hiburan

(34 FOTO) Sekitar Majlis Pernikahan Dan Resepsi Perkahwinan Hafiz Suip

Masih tidak terlambat untuk kami ucapkan tahniah kepada penyanyi Hafiz Suip yang sudah sah bergelar suami kepada Nureffy pada 14 Mei lepas hanya dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan mereka berlangsung dengan cukup meriah sekali di kediaman pengantin perempuan di Taman Matang Jaya, Kuching, Sarawak pada jam 10.30 pagi. Hafiz dan isteri selamat diijabkabulkan oleh Ustaz Kasdinata Fauzi dengan mas kahwin RM120, mereka berdua membuat keputusan untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.

Advertisement

Pada sebelah malam pula, pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi Hotel Pullman Kuching, Sarawak. Hafiz dan Nureffy tampak cukup menawan dalam persalinan berwarna hijau epal.

Misha Omar dan Akim Ahmad turut memeriahkan lagi majlis resepsi mereka dan sempat untuk menyanyikan lagu buat pasangan raja sehari tersebut.

Kami harap perkahwinan Hafiz dan Nureffy dapat berkekalan sehingga akhir hayat dan dilimpahi dengan kebahagiaan serta rezeki.

Jom kita layan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah dan majlis resepsi Hafiz Suip dan Nureffy dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Sumber Foto : Ministry Of Moment

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...